Mahali Jasuli jadi rebutan kelab Liga Super, amatur
Shaiful Shamsudin
April 30, 2024 21:23 MYT
April 30, 2024 21:23 MYT
Meskipun sudah berada dalam fasa peralihan bersara, saham pemain serba boleh Liga Malaysia (Liga-M), Mahali Jasuli, tetap tinggi apabila menjadi rebutan dua kelab.
Ia membabitkan sebuah pasukan Liga A1 Semipro dan sebuah pasukan Liga Super dengan kedua-dua kelab itu berpangkalan di Lembah Klang.
"Perbincangan cuma belum dimuktamadkan lagi dengan menandatangi kontrak," ujar juara Liga Super lima kali itu.
Difahamkan, Mahali yang beraksi bersama Negeri Sembilan FC musim lalu baru sahaja menerima tawaran kelab Liga Super berkenaan.
Sebelum itu, bekas pertahanan Harimau Malaya itu berada dalam rundingan terakhir untuk memperkuatkan Gombak FA yang dibimbing Shahrom Kalam.
"Shahrom merupakan bekas rakan sepasukan saya.
"Jadi (penggabungan kami menjurus kepada) saya ingin membantunya selain memastikan saya terus berada dalam kancah Liga-M, " katanya.