Goh Liu Ying makin hampir kembali ke prestasi terbaik selepas pembedahan bahu menyaksikan pemain beregu campuran itu dipinggirkan hampir lapan bulan.
Liu Ying dan pasangannya, Chan Peng Soon, terkandas dalam pusingan kedua Kejohanan Seluruh England, semalam.
Sekalipun gagal mengulangi persembahan mara ke final tahun lalu, penampilan kali ini boleh dianggap terpuji memandangkan Liu Ying sudah lama tidak beraksi akibat kekangan kecederaan.
Bagi Liu Ying, masih ada beberapa aspek permainan yang perlu dipertingkatkan sebelum dia benar-benar kembali ke kemuncak prestasi seperti dalam Sukan Olimpik Rio 2016.
"Ini merupakan kejohanan terbesar yang saya sertai sejak ditimpa kecederaan.
"Saya tetap berpuas hati dengan tahap persembahan setakat ini kerana menampakkan peningkatan tetapi belum hampir 100 peratus.
"Justeru, saya memerlukan beberapa bulan lagi dan pendedahan kejohanan yang membabitkan pertarungan sengit," katanya.
Menurut Peng Soon pula, dia sudah bersedia untuk kembali bersaing di pentas tertinggi berikutan kombinasi yang ditunjukkan bersama Liu Ying tidak sedikit pun luntur.
"Tidak mungkin dia akan kembali di tahap 100 peratus selepas menderita kecederaan, apapun dia menunjukkan peningkatan.
"Kita pun tidak tahu sejauh mana tahap prestasi dan kecederaannya. Kami sentiasa memberikan aksi terbaik," ujar Peng Soon.
Mengakui sukar mendapat tempat dalam Kejohanan Dunia di Nanjing, China, Julai depan, pasangan beregu campuran itu berharap mampu menyerlahkan aksi terbaik dalam Sukan Asia 2018.
"Kami masih mempunyai beberapa kejohanan besar lagi untuk diharungi dan yang paling hampir, Sukan Komanwel dan seterusnya Sukan Asia.
"Dalam tempoh beberapa bulan lagi, saya harap masih boleh meningkatkan keupayaan," kata Liu Ying lagi.
Penulis Jemputan
Fri Mar 16 2018
Chicago Fire v New England Revolution: Acosta says composure key for misfiring hosts
The Chicago Fire face the New England Revolution in a meeting of two struggling teams in MLS this weekend.
Vancouver Whitecaps v Austin FC: Sartini hails 'special' White ahead of enticing BC Place meeting
Sartini hails White ahead of Austin
Real Salt Lake v Sporting Kansas City: Mastroeni lauds team effort of Western Conference leaders
Mastroeni lauds Salt Lake
Hoffenheim 1-1 RB Leipzig: Kramaric denies visitors after Simons red card
Report: Hoffenheim 1-1 RB Leipzig
Alcaraz withdraws from Italian Open, Rublev to meet Auger Aliassime in Madrid
Alcaraz to miss Italian Open
Luton Town 1-1 Everton: Hatters squander opportunity to climb out of relegation zone
Report: Luton 1-1 Everton
Lakers fire coach Darvin Ham after swift first-round exit
Lakers fire Ham after 2 seasons
Everyone wants to beat Leverkusen, says Alonso ahead of Frankfurt clash
Alonso: Everyone wants to beat us
'It's football hunger' – Moyes intent on West Ham stay as Lopetegui speculation swirls
Moyes keen on West Ham stay
IPL: Iyer and Starc boost Kolkata's top-two hopes after Mumbai win
KKR down MI in IPL