Lima langkahan dalam tempoh satu saat

King Hisyam
August 3, 2024 18:34 MYT
Antara pelari pecut yang paling diingati dalam sejarah sukan Olimpik sejak dari dulu ialah Ben Johnson dan Maurice Green.
Kedua-dua mereka sebenarnya pernah memegang rekod selaku manusia terpantas di muka bumi.
Cumanya, agak malang buat Ben Johnson kerana rekod dunia yang pernah dilakukan isitu 9.79 saat selain pingat emas miliknya di Olimpik Soul pada tahun 1988 terpaksa ditarik balik selepas ujian ke atasnya didapati positif dadah.
Rekod itu kekal sebagai ingatan dan gagal dipecahkan walau telah terbatal kerana ketika itu sukar untuk mencari manusia yang mampu melakukan catatan di bawah 9.8 saat.
Sehinggalah di Kejohanan Dunia 1999, Maurice Green menjadi lejen dunia apabila satu-satunya yang mampu menokhtahkanya dengan melakukan rekod dunia secara rasmi dengan catatan yang sama iaitu 9.79 saat.
​Dalam temubual yang pernah diadakan bersama Maurice, beliau berkata dia terpaksa melakukan langkahan sebanyak lima kali dalam satu saat untuk mendapatkan catatan masa tersebut.
Hari ini Usain Bolt adalah manusia terpantas dengan rekod yang dipahatnya iaitu 9.58 saat sehingga kini belum mampu dicabar oleh mana-mana atlet pecut.
Ia merupakan satu rekod yang kelihatan masih jauh untuk dipecahkan oleh mana-mana atlet dalam mana-mana kejohanan berdasarkan rekod catatan yang ada sehingga saat ini.
Apakah Olimpik Paris 2024 mampu melahirkan atlet pecut baru yang mampu merentasi kelajuan Usain Bolt?..Mungkin ada namun kemungkinan besarnya masih terlalu jauh digapai oleh manusia ketika ini!
#olimpik #Paris #Ben Johnson #Maurice Green
;