Liga Super: Penang umum Wan Rohaimi sebagai ketua jurulatih baru

Muzaffar Musa
November 14, 2024 11:45 MYT
Penang, dalam satu kenyataan sebentar tadi, mengumumkan pelantikan Wan Rohaimi Wan Ismail sebagai ketua jurulatih skuad senior mereka dalam saingan Liga Super.
Sebelum ini, wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, pada Selasa lalu melaporkan Harimau kumbang sudah mencapai kesepakatan untuk mengambil pengendali berusia 48 tahun itu sebagai pengganti kepada Akmal Rizal Ahmad Rakhli.
"Wan Rohaimi Wan Ismail kini dilantik sebagai ketua jurulatih baru pasukan Liga Super Penang FC.
"Beliau membawa pengalaman luas dalam arena bola sepak Malaysia, baik sebagai pemain mahupun jurulatih.
"Pernah beraksi sebagai pemain profesional lebih 15 tahun, Wan Rohaimi turut mewakili negara dalam kejohanan besar seperti Sukan SEA dan Kelayakan Piala Dunia, dengan lebih 40 penampilan kebangsaan.
"Pada tahun 2003, beliau turut memenangi Piala Sumbangsih bersama pasukan Pulau Pinang," tulis kenyataan itu.

Difahamkan Penang FC telah bersetuju untuk melantik Wan Rohaimi Wan Ismail selaku Ketua Jurulatih Harimau Kumbang bagi harungi baki saingan Liga Malaysia 2024/25. ?⚪? Pengumuman rasmi dijangka menyusul ⏳@ASTROARENA

— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) November 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Liga Super Malaysia #Penang FC #Wan Rohaimi Wan Ismail
;