Liga Super: KL City sedia beri kerjasama kepada FIB, MFL, FAM

Saufi Tahir
July 25, 2024 19:38 MYT
Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal memberikan dana berkala selain sebuah syarikat swasta terkemuka yang bersetuju untuk menyalurkan dana satu juta sebulan sepanjang musim ini.
Hal ini sudahpun dalam perbincangan fasa akhir, dan akan di kemukakan kepada pihak First Instance Body (FIB) dalam masa terdekat sebagai jaminan terkini dari pihak Kuala Lumpur City sepanjang saingan musim ini/
"Kita sudah mempunyai dua sumber pendapatan yang utama, pertama sudah ada jadual daripada pihak DBKL berkenaan sumbangan,
"Kedua pula adalah syarikat yang akan beri sumbangan setiap bulan untuk menampung pasukan KL City, kedua-dua ini keutamaan untuk menghadapi Liga Super 2024/2025 musim ini.

KL City runding pembayaran berperingkat dengan KWSP, beri bayangan isu kewangan bakal selesai ?@ASTROARENA pic.twitter.com/lUHGtf8X2t

— FinaNasrom (@fnasrom) July 24, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam masa yang sama, hasrat siasatan dari Konfiderasi Bola Sepak Asia (AFC) bukan lagi rahsia.
Menyedari keadaan itu, KL City akan mencuba untuk mengecilkan sebarang risiko yang menjurus kepada keputusan yang merugikan ramai pihak.
Tiada penafian di atas kegagalan pihak bahawa KL City akan membuat pembayaran KWSP sejak Febuari tahun lalu, namun dengan situasi kewangan yang lebih baik sekurang kurangnya mengubah keadaan.
"Apa yang kita dengar daripada AFC mengenai siasatan, kita akan berikan kerjasama untuk berikan dokumen berdasarkan sumber pendapatan daripada DBKL dan syarikat tertentu akan kita serahkan kepada MFL, FAM dan FIB.
#liga super #bola sepak #KL City #DBKL