Ketiadaan Kamal Azizi sangat memberikan kesan kepada pemain tengah KL City, Haqimi Azim untuk beraksi menentang Johor Darul Ta'zim 25 Mei ini.

Pemain berusia 21 tahun itu meluahkan kesedihannya menerusi Wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, di mana dia berasa sangat kehilangan dan sukar untuk dirinya untuk beraksi di perlawanan nanti.

"Kehilangan Kamal Azizi membuatkan sukar untuk saya pergi ke bahagian serangan," katanya.

Tambahnya, dia berharap pemain yang akan menggantikan tempat Kamal itu mampu beraksi denga cemerlang dan mengikut corak permainan dirinya kerana menurutnya, persefahaman sesama pemain adalah penting.

Dia yang tiada masalah untuk bergandingan dengan Ayoh itu berasa cukup terkesan kerana mereka tidak pernah terlepas bersama-sama berjuang di kesebelasan utama KL City sejak dua tahun lalu.


Haqimi mendedahkan bahawa Kamal merupakan tulang belakang buatnya kerana sentiasa membantunya untuk menjadikan dirinya lebih matang setiap kali di atas padang, dan ketiadaan Kamal dalam tempoh enam minggu ini dianggap cukup lama buat Haqimi.

"Kamal banyak mengajar saya dan memberikan impak besar kepada saya dalam pasukan.

Menerusi temuramah itu, Haqimi mengakui dirinya lebih selesa bermain dengan Declan Lambert kerana Declan lebih kepada menyerang dan sekaligus akan membantu dirinya beraksi.