Liga Super: Juan Muniz ulang kaji keampuhan Kuala Lumpur City
Shaiful Shamsudin
December 7, 2024 20:27 MYT
December 7, 2024 20:27 MYT
Arkitek tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Juan Muniz, menjadikan aksi pemanas badan menentang Kuala Lumpur City bagi perlawanan Liga Super esok sebagai panduan sebelum kedua-dua pasukan berentap dalam aksi suku akhir Unifi Piala Malaysia.
Dalam perkongsian bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, bekas pemain remaja Sepanyol itu mengakui The City Boys sebagai lawan ampuh, sekali gus menuntut rakan sepasukan untuk kekal waspada dengan ancaman lawan.
"Mereka mempunyai barisan pemain yang bagus.
"Kami perlu menggunakan kelebihan bermain di hadapi ini, menang di depan penyokong sendiri. Kami yakin untuk terus beraksi dengan baik dalam Liga Super dan ACLE (Liga Juara-Juara Asia Elit).
"Saya perlu menggunakan kesempatan ini untuk mengkaji lawan yang sama yang bakal dihadapi dalam perlawanan Piala Malaysia," katanya.