Ketua jurulatih PDRM, P. Maniam, yakin pasukannya mampu mengejutkan Kedah Darul Aman menjelang aksi pertama Liga Super di Selayang petang esok.

Biarpun baru sebulan bertindak sebagai pengendali pasukan itu, Maniam percaya pemainnya mampu menterjemahkan perancangan taktikal darinya untuk memperoleh keputusan positif dalam pertemuan berkenaan.

Menerusi Nadi Bola Khas Latihan Pasukan yang dibawakan oleh Extra Joss sebentar tadi, Maniam berkata kepada wartawan Astro Arena, Syifa Nasir: "Sudah pasti kita tahu Kedah pasukan yang kuat dan mereka mempunyai pemain yang bagus.

"Tetapi kami memiliki taktikal yang tersendiri dan pemain harus melaksanakan apa yang telah diberitahu dalam sesi latihan.

"Saya amat yakin dengan pemain saya dan yakin kami akan mendapatkan satu keputusan yang baik," katanya.