Tonggak tengah Kelantan Darul Naim (KDN), Fazrul Amir Md Zaman, mengakui dia dan rakan sepasukan perlu segera melupakan kekalahan 0-1 ke atas Sri Pahang dalam perlawanan pembukaan Liga Super di Temerloh, kelmarin.

Jelas pemain yang mesra disapa dengan panggilan Ghaddar itu masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki Kijang Emas terutama daripada aspek ketajaman penyudah.

Ghaddar turut meletakkan sasaran untuk muncul penjaring terbanyak buat Kelantan di samping mengintai peluang dipanggil sertai kem kebangsaan di bawah kendalian ketua jurulatih, Kim Pan-gon.

"Banyak yang perlu diperbaiki lagi.





"Lebih-lebih di zon ketiga serangan.

"Saya menyasarkan jaringan yang banyak, seterusnya membuka peluang untuk panggilan skuad kebangsaan," katanya selepas perlawanan.

Kelantan dijadualkan melayani kunjungan Sabah di Kota Bharu, Jumaat ini.