Liga Super: Faiz Subri mahu pemain fokus berlatih aspek sepakan percuma

Saufi Tahir
May 27, 2024 19:23 MYT
Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Faiz Subri, melihat Penang kini dalam pembikinan untuk menjadi sebuah pasukan yang mampu bersaing dengan skuad yang secara hakikatnya lebih berkualiti.
Buktinya, dua keputusan seri berjaya diraih Harimau Kumbang pada aksi awal Liga Super 2024/2025 bertemu Sabah dan Terengganu.

Faiz Subri anggap pemain perlu latih lebih aspek 'freekick' utk letakkan mereka berpeluang memenangi Anugerah PUSKAS sperti dirinya. @ASTROARENA pic.twitter.com/SWxzbVutxQ

— Faizal Bazari (@faizalbazario) May 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Faiz juga beranggapan pemain perlu melakukan latihan intensif dalam aspek sepakan percuma dengan mengaplikasikan teknik lencongan dengan kadar lebih tinggi.
Jelasnya, tiada istilah nasib untuk menjadikan sesuatu tendangan itu mampu menghasilkan gol, sebaliknya ia adalah hasil dari latihan dan teknik yang berkesan.
"Bagi saya tahun ini Penang nampak lebih baik, walaupun sudah tiga perlawanan tetapi saya lihat perbezaan pada aksi hari ini dengan jaringan awal.
"Pemain perlu buat latihan lebih untuk pemain di bahagian serangan dan pertahanan.
"Pemain perlu ambil masa untuk melakukan latihan." katanya.
#liga super #bola sepak #Faiz Subri #Penang