Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, belum 'terbuka hati' untuk mengubah pendiriannya bagi mendapatkan bimbingan jurulatih selepas 'berpisah' dengan Indra Wijaya tahun lalu.
Zii Jia bertekad untuk kekal bergerak solo di sebalik desakan pelbagai pihak agar pemain nombor empat dunia itu mempertimbangkan semula keputusan itu.
“Saya hanya mahu fokus apa yang ada di depan. Saya perlu lakukannya. Secara jujur, setakat ini memang saya tidak ada fikir untuk ambil jurulatih dan tetap dengan pendirian itu,” ujarnya.
Bagaimanapun, juara Seluruh England 2021 itu dalam nada merendah diri tetap menghormati pandangan yang diberikan bekas pemain-pemain kebangsaan terhadap keputusannya itu.
“Bukan saya enggan mengulas komen-komen yang diberikan sebelum ini. Tindakan itu bukan saya tidak menghormati mereka, saya tetap hormat kerana mereka adalah legenda.
“Apa yang mereka bagi (pandangan) itu saya terima tetapi saya tidak boleh layan semua kerana satu komen ini dan satu komen itu. Kalau saya layan, tidak betul juga kerana saya pun tidak ada banyak masa,” katanya.
Bekas pemain negara, Datuk Rashid Sidek dan Roslin Hashim, menyarankan Zii Jia agar menimbang semula keputusan tidak melantik jurulatih selepas berpisah dengan jurulatih dari Indonesia itu November tahun lalu.
Pemain yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu berdepan kemerosotan prestasi apabila tewas dalam pusingan kedua Masters Indonesia pada 26 Januari lalu.
Zii Jia sebelum itu kecundang dalam pusingan kedua Terbuka Malaysia awal bulan lalu dan kemudian ditunjukkan jalan keluar dalam pusingan kedua Terbuka India.
Tumpuan Zii Jia ketika ini adalah kepada persiapan bagi membawa cabaran bersama skuad negara menghadapi Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BAMTC) 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 14 hingga 19 Februari ini.
Kredit: Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 08 2023


Badminton Asia disaran bertindak lebih proaktif
Spekulasi kepulangan perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia, ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) makin rancak apabila pertemuan di antara juara Seluruh England 2021 itu dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, semakin mendekati.

Tang Jie-Ee Wei kembali berlatih bersama Widianto
Gandingan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, teruja dapat kembali berlatih bersama jurulatih mereka, Nova Widianto.

Hannah Yeoh sedia dengar luahan Lee Zii Jia
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria, sedia menerima kehadiran semula pemain badminton negara, Lee Zii Jia, menyertai badan peneraju negara sukan itu.
.jpg?ext=.jpg)
Zii Jia perlu kaji formula terbaik buru kemenangan
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz, pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia perlu mengkaji semula formula kemenangannya tersendiri.

Aaron Chia akui gagal hadirkan prestasi terbaik
Juara dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, terpaksa telan hakikat masih dibelenggu prestasi kurang memberangsangkan ketika aksi Jelajah Eropah baru-baru ini.

Tze Yong belum capai tahap terbaik
'Satu kemenangan tidak melambangkan standardnya', itu kata-kata jurulatih perseorangan negara, Hendrawan apabila mengenang kembali kemenangan perseorangan negara, Bg Tze Yong ke atas pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen.
.jpg?ext=.jpg)
Terbuka Switzerland BWF: Soon Huat-Shevon peroleh pengajaran berguna
Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai mengakui mereka agak terburu-buru pada penghujung set ketiga yang menjadi punca tewas kepada pasangan China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin di perlawanan akhir Terbuka Switzerland.

Zii Jia janjikan aksi lebih mantap
Kejayaan mara ke separuh akhir Terbuka Switzerland dianggap sebagai pencapaian yang baik buat pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia.

Terbuka Switzerland: Soon Huat-Shevon bergelar naib juara
Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, bergelar naib juara Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland selepas tewas kepada gandingan China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin di Basel sebentar tadi.

Terbuka Switzerland BWF: Soon Huat-Shevon wakil tunggal negara ke final
Goh Soon Huat-Shevon Lai menghidupkan harapan Malaysia memenangi gelaran Jelajah Dunia BWF pertama tahun ini selepas mereka mara ke final Terbuka Switzerland, selepas Lee Zii Jia dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi kedua-duanya tewas di separuh akhir.

Elche 0-4 Barcelona: Lewandowski double helps LaLiga leaders thrash rock-bottom hosts
Barcelona made light work of struggling Elche in LaLiga on Saturday, with Robert Lewandowski's double helping to do the damage.

Juventus 1-0 Verona: Kean keeps Bianconeri rolling
Though far from their best, Juventus got the three points they needed against Verona to keep pace with their rivals.

Tuchel sees plenty of scope for improvement despite simple Klassiker win
Bayern Munich still have much work to do, says Thomas Tuchel, whose new side beat one of his former clubs in his first game in charge.

Premier League data dive: Arsenal follow Man City's mark in title race
The Premier League returned with a feast of goals on Saturday, with big wins for title rivals Manchester City and Arsenal.

Potter frustrated after 'second best' Chelsea fall to home defeat
Chelsea were made to pay for a profligate display as goals from Ollie Watkins and John McGinn condemned them to home defeat.

Midas Tuchel – Bayern's new boss has instant impact as Dortmund revert to type in Der Klassiker
The Thomas Tuchel era began in impressive fashion as Bayern Munich beat Borussia Dortmund 4-2 in Saturday's Klassiker.

Wood and Mayers heroics lead Super Giants to victory over Capitals
Mark Wood took 5-14 as Lucknow Super Giants defeated Delhi Capitals on Saturday, aided by a magnificent innings from Kyle Mayers.

Bayern Munich 4-2 Borussia Dortmund: Emphatic Klassiker victory sees Tuchel start in style
Bayern Munich's ninth consecutive home Bundesliga victory over Borussia Dortmund saw them leapfrog their rivals to the league's summit.

Chelsea 0-2 Aston Villa: Blues slip to first loss in five against stubborn visitors
Having gone undefeated over their past four games in all competitions, Chelsea failed to make it five with a loss to Aston Villa.

Inter 0-1 Fiorentina: Bonaventura inflicts third defeat in a row on Nerazzurri
Fiorentina maintained their fine run and push for European football by inflicting a third league defeat in a row on Inter.