LaLiga: Menang lagi penting daripada corak permainan cantik -- Jurulatih Real Madrid

Saufi Tahir
September 21, 2024 08:17 MYT
Carlo Ancelotti, menepis kritikan terhadap corak permainan Real Madrid yang dikatakan kurang menarik dengan menjelaskan bahawa kemenangan lebih penting daripada beraksi dengan baik.
Kelab gergasi Sepanyol itu masih belum tewas dalam tujuh perlawanan musim ini dengan meraih lima kemenangan dan dua keputusan seri.
Ancelotti melakar kemenangan pertama dalam saingan Liga Juara-Juara (ACL) selepas menewaskan Stuttgart 3-1 dalam aksi pertama kejuaraan itu, Rabu lepas.

⚽? @KMbappe#RMCity pic.twitter.com/d0dvskv8qv

— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) September 20, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dia bagaimanapun mempertahankan gaya permainan pasukannya menjelang pertembungan di laman sendiri menentang Sepanyol dengan menjelaskan: 'Peminat Real Madrid lebih gemar menang daripada beraksi dengan baik' katanya.
"Sebaik-baiknya anda pasti mahukan kedua-duanya sekali iaitu menang sambil beraksi dengan corak perlawanan yang menarik. Tetapi objektif utama kami adalah menggembirakan peminat yang dahagakan kemenangan.
"Kami perlu kekal fokus untuk menang kerana kami tahu skuad kami masih jauh daripada prestasi sebenar. Buat masa ini kami berada dalam keadaan baik." katanya.
#bola sepak #Real Madrid #Carlo #LaLiga #Ancelotti'