Lai Pei Jing sedia beraksi dalam kategori beregu wanita untuk tambah sumber kewangan
Saufi Tahir
July 3, 2024 18:12 MYT
July 3, 2024 18:12 MYT
Mengakui masih terkesan dengan insiden dobevil scam berjumlah RM400 ribu, pemain beregu campuran negara, Lai Pei Jing, tidak menolak kemungkinan untuk lebih menyertai lebih banyak kejohanan bagi mencari semula sumber kewangan yang hilang sebelum ini.
Sebagai langkah awal, Pei Jing berkemungkinan turut beraksi dalam kategori beregu wanita memandangkan beliau ingin mencari semula amaun yang lenyap sekelip mata tempoh hari.
Aksinya bersama Lim Chiew Sien sebelum ini memperlihatkan prestasi membanggakan susulan mara ke perlawanan akhir saingan Terbuka Australia.
"Sebenarnya saya memang tidak menyangka pada awalnya kerana Chiew Sien bermain beregu campuran di Australia, jadi saya mengajak dia bermain beregu campuran memandangkan kami tidak pernah beraksi bersama.
"Pemikiran kami hanya untuk bersaing untuk menjana pendapatan tetapi tidak menyangka dapat masuk ke peringkat akhir dengan Chiew Sien juga berusaha bersungguh-sungguh.
"Untuk masa akan datang, sekiranya ditanya sama ada saya akan beraksi dalam kategori beregu wanita untuk menambah pendapatan mahupun tidak, saya rasa mungkin ya." katanya kepada Nadi Arena.