Penyerang sensasi, Kylian Mbappe, menutup semua kritikan terhadap prestasinya awal musim untuk Real Madrid ketika kembali ke Perancis untuk perlawanan Liga Negara-negara menentang Itali dan Belgium, awal pagi ini.

Ketibaan pemain berusia 25 tahun itu tidak begitu cemerlang tatkala juara LaLiga musim lalu itu sekadar mempunyai lapan mata daripada empat perlawanan untuk berada di kedudukan keempat di belakang pendahulu Barcelona.

"Saya berada pada satu titik dalam hidup dan kerjaya saya di mana tidak terlalu memikirkan penilaian orang lain" kata Mbappe kepada pemberita pada Khamis.

"Saya bermain dan sentiasa cuba memberikan yang terbaik untuk pasukan kebangsaan, dalam bola sepak anda tidak boleh memuaskan hati semua orang," tambahnya.