Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) sedia membantu bekas pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, untuk membuat rayuan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Namun, BAM perlu terlebih dahulu mengemukakan dokumen hitam putih bagi membolehkan pihaknya membuat rayuan rasmi dalam usaha mendapatkan pembelaan sewajarnya.
Pengurus KLRC, Sairul Amar Ayob, menjelaskan Jin Wei -- yang sebelum ini dibelenggu barah usus -- sudah pun keluar dari badan induk itu sejak September tahun lalu atas faktor bersara, justeru pemain tersebut dianggap sudah tiada perkaitan dengan badan induk berkenaan.
"Jin Wei telah meletak jawatan pada September tahun lalu dan ia diterima oleh BAM.
"Pada padangan kami, Jin Wei sudah lagi tidak bernaung di bawah BAM dan apabila dia dikenakan penggantungan dua tahun, kami agak terkejut.
"Sekarang kami minta surat rasmi daripada BAM sebelum kami melakukan rayuan.
"Sekarang kami tunggu daripada itu agar Jin Wei dapat beraksi.
"Kami harap BAM supaya bekerjasama dengan kami dan yang penting dia dapat bermain kembali," katanya.
Begitupun, bekas juara remaja dunia itu tampil dalam Kejohanan Purple League dengan mewakili Kelab Badminton Butterworth, bulan lalu.
Bagaimanapun, KLRC sedia menuruti semua prosedur yang diperlukan bagi memastikan pemain itu dapat membuat kemunculan di pentas antarabangsa dengan segera.
Namun, mereka masih menanti surat rasmi daripada peneraju badminton negara itu yang tidak akan mendaftar Jin Wei selama dua tahun agar kelabnya boleh membuat tindakan susulan.
Shaiful Shamsudin
Tue Jan 25 2022
Piala Thomas: Tze Yong sah digugurkan
Persoalan mengenai pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong, akhirnya terjawab apabila Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, mengesahkan bahawa dia telah digugurkan akibat kecederaan yang sedang membelenggu dirinya ketika ini.
Piala Thomas/Uber: Filem Best of the Best jadi inspirasi skuad negara
Filem Hollywood, Best of the Best, menjadi inspirasi buat skuad badminton negara menjelang Kejohanan Piala Thomas dan Uber di Chengdu, China bermula hujung bulan ini.
Piala Thomas: Justin Hoh sedia sahut cabaran
Ketika status kecergasan pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong, yang masih menjadi tanda tanya, skuad negara diberi sinar baru apabila perseorangan muda negara, Justin Joh, mengesahkan bahawa dirinya kini sudah pulih 100 peratus dari kecederaan sepanjang musim 2023 dan 2024.
Sze Fei-Nur Izzuddin lonjak empat anak tangga
Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, mempamerkan peningkatan ketara dalam ranking dunia selepas muncul naib juara Kejohanan Badminton Asia minggu lalu.
BAM perlu lebih berani -- Sadek Mustafa
Status terkini Tze Yong masih belum diketahui
Pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong, menimbulkan persoalan sama ada dia akan menyertai kejohanan Piala Thomas itu ataupun tidak ekoran kecederaan yang membelenggu dirinya.
"Tidak adil kepada pemain lain"-- Roslin Hashim
Pelbagai reaksi dan persoalan yang dilontarkan terhadap isu wang pampasan yang diberikan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM), kepada jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia.
Isu pampasan: Patriotisme perlu atasi perkara lain
Patriotisme perlu mengatasi perkara lain, kata pemerhati sukan terkenal, Datuk Dr. Pekan Ramli, mengenai isu pampasan melibatkan perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia.
Kejohanan Badminton Asia: Sze Fei-Nur Izzuddin pamer semangat juang tinggi sebelum muncul naib juara
Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, mempamerkan semangat juang tinggi sebelum tewas kepada gandingan pilihan ketiga dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang, dalam final Kejohanan Badminton Asia di Ningbo sebentar tadi.
Kejohanan Badminton Asia: Sze Fei-Nur Izzuddin langkau keupayaan Aaron Chia-Wooi Yik ke final
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menamatkan badi kekalahan kepada beregu utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sejak 2019 untuk mara ke final Kejohanan Badminton Asia.
Des Buckingham feels heavy schedule caught up with Oxford
Pep Guardiola says Cole Palmer is one of the players of the season
Mauricio Pochettino not expecting a vulnerable Man City in FA Cup semi-final
City were knocked out of the Champions League in midweek.
Juventus hit back from two goals down to salvage a draw at Cagliari
Raith Rovers keep unlikely title bid alive with narrow victory at Inverness
.
Oxford frustrated in play-off push as Stevenage force draw
.