Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Misi balas dendam Harimau Malaya selasa ini di Bukit Jalil

Saufi Tahir
March 24, 2024 07:56 MYT
11,821 tiket perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 telah habis terjual setakat ini dan dijangkakan lebih ramai bakal hadir memenuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini.
Skuad negara bakal memulakan misi balas dendam berdepan Oman untuk kembali merampas kembali takhta Kumpulan D menjelang perlawanan keempat menentang Oman bagi saingan Kumpulan D.

11,821 TIKET TELAH TERJUAL! 2️⃣ hari lagi menjelang perlawanan keempat Kumpulan D, Kelayakan #FIFAWorldCup #AsianCup2027 Malaysia lwn Oman di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 26 Mac 2024. Dapatkan tiket di https://t.co/5sQSR178rH sekarang!#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/YL6V7QuIXP

— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 24, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Berikutan kekalahan 0-2 di Muscat tempoh hari, ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon pasti akan kembali mempertaruhkan taktikal terbaik untuk meneruskan momentum cemerlang bagi membawa cabaran Malaysia untuk melangkah ke pusingan kedua.
Mari turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk memberikan sokongan padu buat pasukan Harimau Malaya.
#bola sepak #Malaysia #Kelayakan Piala Asia #kelayakan Piala Dunia