11,821 tiket perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 telah habis terjual setakat ini dan dijangkakan lebih ramai bakal hadir memenuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini.

Skuad negara bakal memulakan misi balas dendam berdepan Oman untuk kembali merampas kembali takhta Kumpulan D menjelang perlawanan keempat menentang Oman bagi saingan Kumpulan D.



Berikutan kekalahan 0-2 di Muscat tempoh hari, ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon pasti akan kembali mempertaruhkan taktikal terbaik untuk meneruskan momentum cemerlang bagi membawa cabaran Malaysia untuk melangkah ke pusingan kedua.

Mari turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk memberikan sokongan padu buat pasukan Harimau Malaya.