Skuad B19 tahun yang diibaratkan beraksi di final apabila bertemu Tajikistan di Kelayakan Piala Asia B20 Jumaat ini.

Ini susulan pertemuan itu tampak menentukan peluang skuad muda negara ke pusingan akhir kejohanan tahun depan, setelah berjaya menewaskan Oman dan seri bertemu Korea Utara sebelum ini.

Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, sempat menemubual ketua jurulatih, Juan Torres Garrido, untuk mendapatkan perkembangan terkini anak buahnya di Dushanbe.

Malaysia kini di tangga kedua Kumpulan E terikat sama mata dengan Korea Utara, masing-masing dengan satu kemenangan dan satu keputusan seri, dengan baki dua lagi perlawanan untuk mengutip mata supaya layak secara automatik ke peringkat akhir Piala Asia B20 tahun hadapan.