Didier Deschamps menjangkakan Kylian Mbappe akan terus memecahkan rekod Perancis tetapi sedar Republik Ireland yang kini diperkuatkan pemain remaja, Evan Ferguson, mampu menghadirkan ancaman terhadap mereka.

Les Bleus membelasah Belanda 4-0 dalam perlawanan pembukaan kelayakan Euro 2024 dan akan yakin untuk memungut tiga mata lagi di Dublin, awal pagi esok.

Ketua pasukan yang baru dilantik, Mbappe, meledak dua gol ke atas Belanda untuk merekodkan 38 gol di peringkat antarabangsa untuk berada di senarai kelima carta penjaring terbanyak Les Blues dan hanya kurang tiga gol untuk mengatasi pencapaian pemain legenda, Michel Platini (41 gol).

Mbappe dalam rentak jaringan dalam 16 perlawanan terakhirnya dan selepas 51 perlawanan, Deschamps percaya tiada had buat pemain berusia 24 tahun itu mencatat segala rekod yang ada.

"Ia adalah Kylian, dia penuh dengan cita-cita.



"Apabila dia sudah mencapai sesuatu, dia mengintai satu lagi pencapaian," kata ketua jurulatih Perancis itu dalam sidang media.

"Sejak awal lagi dia telah mencapai dan melangkaui ramalan beberapa orang.

"Dia mempunyai kemampuan itu di dalam dirinya. Dia mempunyai peranan untuk muncul sebagai peneraju jika dibandingkan dengan rakan sepasukannya.
.
"Dia akan melakukan segala-galanya untuk sampai ke sana, dia pasti memerlukan rakan-rakannya yang lain, tetapi ia adalah Kylian."