PERANCIS 1 R. IRELAND 0

Didier Deschamps tidak terkejut dengan ketangkasan Mike Maignan dalam kemenangan 1-0 Perancis ketika bertandang ke Republik Ireland yang disifatkannya sebagai "bernilai sebiji gol".


Penjaga gol Milan itu memastikan kemenangan Perancis dalam kelayakan Euro 2024 dengan satu tampanan sensasi ketika merebahkan badannya untuk menepis tandukan Nathan Collins, menuju penghujung permainan sebentar tadi.

Penyelamatan itu menyusuli aksi mantapnya menampan sepakan penalti dalam kemenangan 4-0 pembukaan Kumpulan B ke atas Belanda, dan Maignan segera mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain nombor satu Perancis selepas persaraan Hugo Lloris.

Selepas membantu pasukannya mengutip enam mata bersih, Deschamps kelihatan cukup ceria ketika mengulas mengenai permulaan cemerlang mereka termasuk kehebatan Maignan.

“Terdapat banyak yang positif dengan enam mata ini, lima gol dan tidak bolos,” kata Deschamps seperti yang dilaporkan L'Equipe.




"Jadual tidak tidak memihak kami untuk menghadapi Belanda dan Ireland. Kami kurang menyengat hari ini berbanding lalu.

"Kami kurang mencipta peluang menarik tetapi kami perlu memenangi perlawanan ini.

"Pasukan ini mempamerkan kekuatan mental dan perwatakan yang sangat baik.




"Aksi menyelamat Mike juga hebat. Ia berharga sebiji gol. Kami masih mampu menang dan kurang berkesan berbanding perlawanan pertama.

"Ireland bertahan dengan baik. Saya gembira dan bangga dengan kumpulan pemain ini tatkala berdepan dua seteru seperti ini.

"Adalah benar-benar bagus untuk memungut enam mata ini."