Kelayakan Euro 2024: Kazakhstan beri Denmark tamparan berat

Shaiful Shamsudin
March 26, 2023 22:23 MYT
KAZAKHSTAN 3 DENMARK 2
Denmark membazirkan pendahuluan 2-0 untuk tumbang 2-3 di Kazakhstan, sekali gus menjadi tamparan awal dalam kempen kelayakan Euro 2024.
Skuad kendalian Kasper Hjulmand itu mara ke separuh akhir edisi lalu dan menewaskan Finland 3-1 dalam perlawanan pembukaan minggu lalu.
Bintang sensasi Atalanta, Rasmus Hojlund, menjaringkan hatrik dalam perlawanan itu sebelum melanjutkan sentuhan berbisanya dengan mencetak dua lagi gol dalam babak pertama pertembungan sebentar tadi untuk meniti satu lagi kemenangan.
Tetapi Baktiyor Zainutdinov mengurangkan defisit perlawanan menerusi sepakan penalti ketika permainan berbaki 17 minit, dan Kazakhstan kembali menyamakan kedudukan menerusi rembatan jarak jauh menakjubkan daripada kapten Askhat Tagybergen, empat minit sebelum masa kecederaan.

?? 0-1 ?? (Højlund 21') ?? 0-2 ?? (Højlund 36') ?? 1-2 ?? (Zainutdinov 73') ?? 2-2 ?? (Tagybergen 86') ?? 3-2 ?? (Aimbetov 89') INCREDIBLE comeback win for Kazakhstan ?#EURO2024 pic.twitter.com/ID20sgudx6

— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) March 26, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dan pemain gantian, Abat Aimbetov, melengkapkan kebangkitan tuan rumah sekalipun selepas itu dia dibuang padang pada masa kecederaan.
"Saya perlu berhati-hati dengan apa yang saya mahu perkatakan sekarang ini," kata kapten, Simon Kjaer, kepada TV2.
"Kami menghambat bola dan bukannya bertindak.
"Kami mengejar dan tidak mendahului bola.
"Itulah perbezaan pada separuh masa kedua yang saya fikirkan."
#Denmark #Kazakhstan #Kelayakan Euro 2024 #Rasmus Hojlund