Kylian Mbappe menjadi ketua pasukan tetap yang baru buat Perancis selepas mendapat persetujuan daripada Didier Deschamps, awal pagi tadi.

Penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu disebut-sebut sebagai calon terbaik bagi menggantikan Hugo Lloris yang bersara selepas tamat kempen Piala Dunia di Qatar.



Mbappe dikatakan telah diberitahu mengenai pelantikannya oleh ketua jurulatihnya itu selepas makan malam dengan Antoine Griezmann dinamakan sebagai timbalan kapten.

Bagaimanapun, Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF) masih belum mengesahkan berita itu tetapi rahsia berkenaan telah pun bocor.

Pelantikan itu bermakna Mbappe akan mengetuai pasukan berkenaan dalam kelayakan Euro 2024 dan tugas pertama tonggak berumur 22 tahun tersebut ialah berdepan Belanda di Stade de France, Sabtu ini, diikuti bertemu Ireland.