Kelantan Darul Naim hilang khidmat tonggak utama Palestin
Najmi Iman
January 15, 2025 11:07 MYT
January 15, 2025 11:07 MYT
Pemain import Kelantan Darul Naim (KDN), Oday Kharoub, sah meninggalkan pasukan itu selepas kelab dari Libya, Al-Ahly Benghazi, secara rasminya mengumumkan kehadiran tonggak tersebut, sekali gus menjawab spekulasi kepada khabar angin perpindahannya sebelum ini.
7 Januari lalu, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, memuat naik berita mengenai pemain itu yang sedang melakukan perbincangan kontrak bersama KDN.
Semalam, laman rasmi Al-Ahli Benghazi mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sudah menandatangani tonggak utama Palestin selain mengesahkan kehadirannya selaku pemain terbaru mereka.
Oday Kharoub sah tinggalkan KDN dan sertai kelab Libya Al-Ahly. ๐๐ผ https://t.co/eQIZgz8DZm
โ Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) January 15, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
โDari ibu kota umat Islam yang berjuang demi hak sejarahnya, ke bandar Al-Ahly, bandar yang kukuh dan pejuang.โ
Sementara itu, status Washington Brandao dan Michal Jerabek masih belum diketahui sama ada masih bersama kelab Liga Super Malaysia itu ataupun tidak.