Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, mengambil pendekatan 'berdepan siapa sahaja lawan' dalam Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland susulan mendapat undian yang mencabar untuk meraih gelaran sulung kejohanan.
Undian semalam menyaksikan Chong Wei, yang diletakkan sebagai pilihan kedua, dijangka bertemu juara Sukan Olimpik Rio 2016, Chen Long dari China, jika layak ke suku akhir.
Malah, dia sebelum itu perlu berdepan seorang lagi pemain China, Tian Houwei, dalam pusingan ketiga.
Jika berjaya melepasi halangan dua lawan itu, pemain berusia 35 tahun ini dijangka bertemu pilihan ketiga dari Denmark, Viktor Axelsen, dalam separuh akhir.
Terdahulu, Chong Wei akan membuka tirai saingan menentang pemain Perancis, Brice Leverdez, dalam pusingan pertama.
"Saya sudah cakap China ada empat pemain. Memang tahun ini sangat sukar, memang sukar untuk saya. Saya tidak kisah bagaimana, ini adalah Kejohanan Dunia. Anda perlu menang ke atas semua pemain. Mental perlu kuat.
"Saya tiada apa untuk ulas tentang apa-apa, mahu masuk final ke? Mahu bermain bagaimana? Saya akan bermain satu pusingan ke satu pusingan," katanya.
Chong Wei ditemui ketika menghadiri perhimpunan bulanan pertama Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, hari ini.
Penulis Jemputan
Thu Aug 10 2017


Rexy Mainaky gusar perkembangan pelapis perseorangan, beregu wanita
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky, tampak bimbang akan kelangsungan sektor pemain wanita yang kini masih tercari-cari pelapis yang mampu menggentarkan lawan di pentas dunia.

SOPMA: Dymphna Simon bantu Pulau Pinang raih dua emas
Jika edisi lalu dia membawa nama negeri kelahiran, Sabah dalam saingan Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA), kini Dymphna Simon membantu Pulau Pinang meraih dua pingat emas dalam acara badminton.

Lin Dan akui badminton masih kerdil di mata dunia
Lin Dan -- yang diangkat sebagai pemain badminton yang hebat sepanjang zaman -- dalam sebuah video berkongsi kisahnya baru-baru ini mengenai suasana dalam Anugerah Sukan Dunia Laureus (LWSA) tahun lalu sambil mendedahkan menyedari tiada siapa yang mengenalinya atau mengenali sukan itu.

Teringin nasi briyani sempena raikan kejayaan Syed Modi
Choong Hon Jian-Haikal Nazri mengidam untuk menjamah ‘nasi briyani’ bagi meraikan kejayaan mereka merangkul kejuaraan beregu lelaki Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi, malam tadi, berikutan persembahan memberangsangkan untuk mengejutkan pilihan utama, Akira Koga-Taichi Saito.

Badminton Cabaran India: Choong Hon Jian-Haikal Nazri lakar kejutan raih gelaran beregu lelaki
Choong Hon Jian-Haikal Nazri mengharumkan nama negara dengan bergelar juara Kejohanan Badminton Antarabangsa India Syed Modi, sebentar tadi.

Badminton Antarabangsa India: Perjuangan Pang Ron-Cheng Su Yin tamat dalam separuh akhir
Sensasi yang dicipta beregu campuran, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, dalam Kejohanan Badminton Antarabangsa India Syed Modi dinafikan Yuki Kaneko-Misaki Matsumoto di peringkat separuh akhir, sebentar tadi.

Badminton Antarabangsa India: Soong Joo Ven berdepan perjalanan mencemaskan
Soong Joo Ven mendedahkan dia berdepan detik mencemaskan untuk sampai ke stadium bagi menghadapi perlawanan dalam Kejohanan Badminton Antarabangsa India Syed Modi yang disifatkan oleh pemain Malaysia itu sebagai berbahaya dan telah membuatkannya berasa mual.

Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi: Pang Ron-Su Yin lolos ke separuh akhir
Pasangan beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terus mengorak langkah besar dalam gandingan baharu mereka selepas mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi menerusi satu lagi kemenangan mengagumkan.

Final Jelajah Dunia BWF: Pemain negara sedia tampil corak permainan terbaik -- Rexy
Empat ayam tambatan negara hanya mempunyai baki sembilan hari lagi sebelum terbang ke bumi Hangzhou, China untuk menghadapi saingan penutup musim, Jelajah Dunia BWF yang dijadualkan bermula pada 13 Disember ini.

Badminton Antarabangsa India: Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin lolos ke suku akhir
Pasangan beregu campuran negara Hoo Pang Ron dan Cheng Su Yin melepasi halangan di pusingan kedua Kejohanan Badminton Antarabangsa India selepas menundukkan beregu tuan rumah Nitin Kumar-Navdha Manglam.

Nick Kyrgios withdraws from the Australian Open
The Australian has been sidelined in 2023 by knee and wrist problems.

NBA: Boston Celtics stay perfect at home
The Boston Celtics, Sacramento Kings and Oklahoma City Thunder all posted notable wins to highlight Friday's play in the NBA.

On this day in 2010: Alan Pardew appointed as Newcastle manager
The former Reading, West Ham, Charlton and Southampton boss was unveiled as successor to the sacked Chris Hughton.

Mark Robins hails ‘effervescent’ Callum O’Hare after derby double
The Coventry midfielder inspired his side’s 2-0 win over Birmingham.

Ange Postecoglou warns Tottenham: Life will never be comfortable during my reign
Spurs have failed to win any of their last five matches despite taking the lead in each fixture.

He knows what he has to do – Erik ten Hag on Jadon Sancho’s Man Utd future
Sancho has not played for United since August.
He’s the hardest-working player: Vincent Kompany hails James Milner’s longevity
.

Federico Gatti sends Juventus top of Serie A with win over Napoli
Gatti headed home the only goal early in the second half.

Callum O’Hare double fires Coventry to win over Birmingham
The fit-again midfielder made his CBS Arena return in style in a 2-0 Sky Blues win.

Raith go top of Championship table after battling back against Partick Thistle
November signing Daniel O’Reilly opened the scoring but put into his own net after the break.