Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, menoktahkan perjuangannya dalam Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2023 di Glasgow, Scotland tanpa sebarang pingat.
Azizulhasni terpaksa akur apabila mengakhiri acara kegemarannya, keirin, di tangga kesembilan - kedudukan sama diraihnya dalam saingan pecut individu pada Isnin lalu.
"Tempat kesembilan untuk acara keirin dan juga tempat kesembilan untuk acara pecut individu. Bukanlah keputusan yang saya mahukan untuk penampilan terakhir dalam Kejohanan Dunia ini.
"Namun, saya harus menerima dengan hati yang terbuka. Kita merancang, Allah merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang.
"Daripada sudut yang positif, saya masih mendapat banyak kutipan mata untuk kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
"Terima kasih atas sokongan dan doa dari anda semua serta ribuan maaf atas prestasi di sini (Glasgow)," tulis Azizulhasni dalam laman Facebooknya.
Pada awal pagi tadi, Azizulhasni, yang juga juara dunia edisi 2017, gagal melayakkan diri ke final apabila menduduki tangga keempat dalam saingan separuh akhir.
Sebelum itu, Azizulhasni tidak berdepan masalah di peringkat suku akhir selepas menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik untuk mara ke separuh akhir.
Namun, Azizulhasni gagal 'menyelit' dalam kelompok tiga terbaik di peringkat separuh akhir, yang menyaksikan penyandang juara, Harrie Lavreysen dari Belanda, Jack Carlin (Britain) dan Kevin Quintero (Colombia) meloloskan diri ke final.
Dalam aksi klasifikasi tempat ketujuh hingga ke-12, Azizulhasni mengakhiri perjuangannya di Velodrom Sir Chris Hoy di tempat kesembilan di belakang pelumba Australia, Matthew Glaetzer, dan Kaiya Ota dari Jepun.
Pada Isnin lalu, kemenangan pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu ke atas Thomas Cornish dari Australia dalam pusingan kedua acara pecut individu dibatalkan.
Ia susulan pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu didakwa melakukan kesalahan apabila memasuki lorong Cornish di laluan lurus selepas selekoh terakhir.
Kredit: Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Aug 10 2023


Azizulhasni setuju John Beasley ambil peranan baru
Olimpian negara, Datuk Azizulhasni Awang, sepenuh hati bersetuju dengan jawatan baru yang bakal disandang John Beasley.

Sukan Asia Hangzhou: Azizulhasni mohon maaf terpaksa tarik diri
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, sah tidak akan beraksi dalam Sukan Asia Hangzhou bermula hujung minggu ini selepas ditimpa kemalangan sewaktu sesi latihan di Velodrom Nilai.

Sukan Asia Hangzhou: Jangan risau situasi Azizulhasni -- PKBM
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, berada dalam keadaan baik selepas mengalami kemalangan ketika menjalani latihan di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan pada Sabtu lalu.

MOM tidak panik di sebalik prestasi semasa Azizulhasni
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria, mengakui tidak panik dengan prestasi semasa Datuk Azizulhasni Awang di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia Glasgow 2023 yang berlangsung awal Ogos lalu.

Kejohanan Berbasikal Trek Dunia: Azizulhasni akur pengakhiran tanpa kilauan pingat
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, menoktahkan perjuangannya dalam Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2023 di Glasgow, Scotland tanpa sebarang pingat.

Kejohanan Berbasikal Trek Dunia: Azizulhasni mohon doa
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, tidak berdepan masalah menempah tiket ke suku akhir acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Glasgow, Scotland awal pagi tadi.

ACC: Saya hanya mahu tamatkan perlumbaan walaupun sakit, kata Shah Firdaus
Pelumba berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, berkata dia hanya mahu menamatkan perlumbaan separuh akhir acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 biarpun berada dalam kesakitan selepas terlibat dalam kemalangan.

ACC: Azizulhasni bukti kejaguhan dengan emas keirin
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, terbukti berada dalam kelas tersendiri apabila meraih pingat emas keduanya dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 dengan mengungguli acara keirin lelaki di Velodrom Nasional, Nilai sebentar tadi.

Sukan Olimpik Paris: KBS, RTG bincang permintaan Azizulhasni
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan mesyuarat dengan Jawatankuasa Road to Gold (RTG) bagi membincangkan segala aspek keperluan atlet di Putrajaya pada Isnin ini.

Kejohanan Berbasikal Trek Asia: Azizulhasni sertai dua acara
Menjelang Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC), Olimpian negara, Datuk Azizulhasni Awang, mengesahkan yang dia hanya akan bertanding dalam dua acara iaitu keirin dan pecut individu.

Pep Guardiola not taking Luton for granted as Man City seek end to mini slump
City go to Kenilworth Road on a rare four-match winless run in the Premier League.

Enzo Fernandez and Moises Caicedo need to improve – Mauricio Pochettino
The Chelsea manager admitted the midfield duo’s development at the club is a ‘process’.

Chris Evert set for more chemotherapy as cancer returns
The 18-time grand slam champion was given the all-clear in January after treatment for ovarian cancer.

Nick Kyrgios withdraws from the Australian Open
The Australian has been sidelined in 2023 by knee and wrist problems.

NBA: Boston Celtics stay perfect at home
The Boston Celtics, Sacramento Kings and Oklahoma City Thunder all posted notable wins to highlight Friday's play in the NBA.

On this day in 2010: Alan Pardew appointed as Newcastle manager
The former Reading, West Ham, Charlton and Southampton boss was unveiled as successor to the sacked Chris Hughton.

Mark Robins hails ‘effervescent’ Callum O’Hare after derby double
The Coventry midfielder inspired his side’s 2-0 win over Birmingham.

Ange Postecoglou warns Tottenham: Life will never be comfortable during my reign
Spurs have failed to win any of their last five matches despite taking the lead in each fixture.

He knows what he has to do – Erik ten Hag on Jadon Sancho’s Man Utd future
Sancho has not played for United since August.
He’s the hardest-working player: Vincent Kompany hails James Milner’s longevity
.