Kejohanan Badminton Remaja Dunia: Zi Yu-Dania pamer aksi penuh bertenaga sebelum muncul naib juara

Ammar Hakim
October 13, 2024 18:26 MYT
Beregu bawah 19 tahun wanita negara, Low Zi Yu-Dania Sofea Zaidi menamatkan cabaran Kejohanan Badminton Remaja Dunia selaku naib juara apabila tewas kepada pilihan keempat, Ririna Hiramoto-Aya Tamaki.
Set pertama bermula sengit dengan hanya satu atau dua mata memisahkan kedua-dua pasangan.
Bagaimanapun, penguasaan gelanggang yang lebih terkawal menyaksikan gandingan Jepun itu yang meraih kejayaan awal menerusi keputusan 21-17.
Dania-Zi yu nampak seakan berjaya menemui rentak mereka semula di set kedua apabila membuka jurang 5 mata untuk mendahului 6-1.
Bagaimanapun, gandingan Jepun itu berjaya mengejar permainan sehingga mengikat perlawanan 14-14.
Wakil negara yang mengejutkan pilihan utama kejohanan itu terpaksa berdepan situasi sukar apabila Dania mengalami sedikit kecederaan ia ternyata menggugat momentum gandingan negara yang akhirnya terpaksa akur 21-17 kepada lawan mereka.
Untuk rekod, kejayaan mereka meraih pingat perak mengulangi pencapaian Pearly Tan-Toh Ee Wei pada edisi 2018.
#badminton #Kejohanan Badminton Remaja Dunia
;