Kejohanan Badminton Remaja Dunia: Gandingan emas Sukma Sarawak bawa cabaran ke final
Ammar Hakim
October 12, 2024 19:36 MYT
October 12, 2024 19:36 MYT
Berita gembira hadir dari bumi Nanchang, China menerusi kejayaan gandingan beregu wanita bawah 19 tahun, Low Zi Yu-Dania Sofea Zaidi, yang berjaya mengesahkan tempat ke final Kejohanan Badminton Remaja Dunia BWF!
Lebih manis buat mereka apabila gandingan emas Sukma 2024 mewakili Johor itu menumpaskan cabaran pilihan utama dari China -- Chen Fan Shu Tian-Liu Jia Yue menerusi aksi sengit tiga game.
Biarpun tewas game pertama 16-21, sorakan padu pengunjung yang pastinya turun demi memberi semangat kepada beregu tuan rumah itu tidak jejas mentaliti juara ditampilkan Zi Yu dan Dania yang kekal fokus untuk heret permainan ke set penentuan hasil kemenangan 21-16.
Dan meniti aksi game penentuan -- Zia Yu-Sofea terus melebar momentum positif untuk mendahului permainan 11-7, sebelum menamatkan perjalanan lawan dalam tempoh 71 minit menerusi kemenangan 21-17 sekaligus mara ke pentas final acara beregu wanita bawah 19 tahun.
RESULTS: #WJC2024 SF #MAS?? Dania Zaidi-Low Zi Yu def.#CHN?? Chen Fan Shu Tian-Liu Jia Yue 1️⃣ 16-21 21-16 21-17 ⏱️ 1h 11m#GemilangkanLagi #BadmintonMalaysia#DemiMalaysia pic.twitter.com/XNYTYn6zXP
— BAM (@BA_Malaysia) October 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.