Kelab Badminton (KB) Ampang Jaya merangkul kejuaraan saingan badminton remaja, Junior Champions Challenge (JCC) 2016, selepas menumpaskan lawan mereka, KB Bandar Utama Dragons, dalam perlawanan akhir di Sports Arena Bukit Serdang hari ini.
Turun dengan misi untuk merangkul kejuaraan untuk kali pertama, KB Ampang Jaya tidak menghadapi masalah untuk menang 3-0 (9-2).
Dalam perseorangan lelaki, KB Ampang Jaya yang diwakili pemain remaja negara, Tan Jia Wei, menang mudah 11-4, 11-4, 11-4 (3-0) mengatasi Loo Bing Kun, sekaligus memberikan mata pertama kepada pasukannya.
Selepas itu, giliran pemain dari China, Wang Zhi Yii, menghadiahkan mata berikutnya kepada KB Ampang Jaya apabila pemain itu menumpaskan pemain muda KB Bandar Utama Dragons, Letshanaa Karuphathevan, 11-7, 11-5, 11-9 (3-0).
Gandingan beregu lelaki KB Ampang Jaya, Tan Kok Xian/Tang Xin, melengkapkan kemenangan bergaya kelab itu apabila menang dalam pertemuan sengit ke atas Leong Jun Kai/Owen Ting Shih Wee 10-11, 11-9, 11-4, 10-11, 11-8 (3-2).
Mengulas kemenangan itu, jurulatih KB Ampang Jaya berkata inilah detik yang ditunggu-tunggu oleh pasukannya.
“Saya sememangnya menunggu saat ini kerana sejak menyertai JCC dari tahun lepas, kami mengidam dan mempersiapkan pasukan untuk menjuarai kejohanan ini.
“Saya amat berbangga dengan pemain-pemain saya walaupun menang besar tapi perlawanan akhir ini sebenarnya sangat sengit, ditambah pula dengan barisan pemain-pemain muda lawan yang memberi tentangan hebat kepada kami,” ujarnya.
Sementara itu, dalam penentuan tempat ketiga dan keempat JCC 2016 yang berlangsung pada sebelah petang tadi, ia menjadi milik KB Petaling yang menang ke atas KB Kepong dengan kiraan mata 10-9.
Juara JCC 2016 membawa pulang wang tunai RM25,000, tempat kedua RM15,000, tempat ketiga, RM6,000 sementara tempat keempat pula RM4,000. Turut hadir menyaksikan perlawanan akhir itu adalah Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ng Chin Chai.
Stadium Astro
Sun Oct 23 2016
Eintracht Frankfurt 1-5 Bayer Leverkusen: Alonso's champions roll on
It was a stroll in the park for Bayer Leverkusen on Sunday, as the Bundesliga champions hammered Eintracht Frankfurt 5-1.
Salah makes Premier League history in Anfield thriller
Mohamed Salah was back on form for Liverpool as they beat Tottenham, and he etched his name into the record books in Sunday's game.
Liverpool 4-2 Tottenham: Salah shines as Reds swat aside Spurs
Liverpool kept their slim title hopes alive, while Spurs failed to take advantage of Aston Villa's earlier loss in the top-four race.
Maguire's league season over as Man Utd confirm muscle injury
Harry Maguire could face a race against time to be fit for the FA Cup final after he sustained a muscle injury.
Pochettino hails Chelsea's growth after thumping West Ham
Poch hails Chelsea's growth
Manchester City 1-2 Arsenal: Blackstenius late show stuns WSL leaders
Substitute Stina Blackstenius scored a last-gasp double as Arsenal came from behind to down WSL leaders Manchester City 2-1.
Zenden: Off-the-field uncertainty at Man Utd unhelpful for Ten Hag
Man Utd uncertainty unhelpful
Chelsea 5-0 West Ham: Five-star Blues run riot again at Stamford Bridge
Report: Chelsea 5-0 West Ham
Brighton 1-0 Aston Villa: Villans' top-four hopes stutter after late Pedro header
Report: Brighton 1-0 Aston Villa
IPL: Jadeja stars as CSK move into playoff places
Ravindra Jadeja top-scored with 43 runs and claimed three wickets as the Chennai Super Kings gained revenge on the Punjab Kings in the IPL.