Pemegang rekod kebangsaan bagi acara 4oo meter, Umar Osman optimis dengan kemampuan yang ada untuk mempertahankan pingat emas SUKMA yang dimenanginya pada edisi yang lalu di bumi kenyalang nanti.

Umar yang juga merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA Phnom Penh 2023 berkata walaupun ia bakal menyaksikan aksi pertamanya di bumi Sarawak, namun ia bukanlah satu perkara yang menjadi
kejanggalan buatnya untuk mempamerkan aksi terbaik nanti.

Selain juara bertahan bagi dua acara iaitu 100 meter lelaki dan juga 4X100 meter, Umar merasakan bahawa Sarawak tidak seharusnya menjadi saksi rekod emas tersebut akan dicalar oleh sesiapa
pada kejohanan itu nanti.

"Saya nak sangat tengok Sarawak tu macam mana..dengan budaya mereka, semangat juang mereka. Sebagai contoh pahlawan Rentap..'Agi Idup Agi Ngelaban'..Saya akan bawa semangat tu untuk pertahankan pingat
emas saya di Sarawak nanti."Katanya kepada wartawan Astro Arena baru-baru ini.

Lebih mengujakan beliau adalah apabila diberikan penghormatan dan tanggungjawab selaku pembaca ikrar bagi kontinjen Johor pada temasya yang akan berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos nanti.

Justeri baginya penghormatan itu haruslah sesuai dengan balasan yang setimpal iaitu dengan menyumbangkan pingat emas buat negeri Johor