Kapsul Sukan Olimpik Paris: Goh Jin Wei mahu lunas kepercayaan yang diberi peminat tempatan

Najmi Iman
July 15, 2024 20:46 MYT
Menjelang Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan membuka tirai pada 26 Julai ini, pemain perseorangan badminton wanita negara, Goh Jin Wei, tekad mempamerkan persembahan terbaik demi membalas kepercayaan yang diberikan oleh peminat tempatan.
Pemain berusia 24 tahun itu telah diundi di dalam Kumpulan H bersama-sama wakil Korea Selatan, Kim Ga-Eun, yang menduduki ranking ke-17 dunia selain Johanita Scholtz dari Afrika Selatan turut menjadi halangannya.
Menurut pemain yang berada di ranking ke-33 dunia itu, Jin Wei mengakui bahawa banyak cabaran yang perlu dilalui oleh untuk sampai ke tahap tertinggi sehingga perlu menjalani pembedahan serius, sebelum ini.
Selamat maju jaya Goh Jin Wei!
#Goh Jin Wei #Sukan Olimpik Paris 2024 #Kapsul Sukan Olimpik Paris