Kapsul Sukan Olimpik Paris: Ee Wei kagumi semangat juang Tang Jie dalam gelanggang

Saufi Tahir
July 8, 2024 20:51 MYT
Beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mengakui banyak cabaran yang dihadapi sebelum mendapat keserasian sebagai pasangan beregu dan juga berjaya melangkah ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Pasangan beregu di kedudukan ke-9 dunia itu berasakan penggalaman daripada pemain senior seperti Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing banyak membantu mereka dalam kancah sukan badminton.
"Jangkaan individu tidak sama, seperti ibu bapa saya dia ada jangkaan juga pada saya seperti kawan-kawan dan jurulatih tetapi pada akhirnya saya lebih tahu apa yang sesuai buat saya.
"Ketika usia 19 tahun, BAM menawarkan saya bermain dalam beregu mahupun beregu campuran dan saya memilih kategori beregu campuran kerana bakat saya lebih baik di situ." kata Chen Tang jie.

Tahniah Chen Tang Jie & Toh Ee Wei!! Layak ke Temasya Sukan Olimpik Paris 2024! ?#DemiMalaysia #KontinjenMALAYSIA#MalaysiaRoar#Paris2024 pic.twitter.com/vnQh1CGuJM

— MSN MALAYSIA (@MSNMALAYSIA) May 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Toh Ee Wei mengagumi semangat juang yang ada pada pasangan regunya ketika beraksi di atas gelanggang banyak membantunya dirinya sendiri.
"Kami banyak belajar dari senior seperti Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying kerana banyak penggalaman, kami baru setahun dan perjalanan kami masih jauh.
"Memang banyak cabaran, selepas saya bergandingan dengan Pearly Tan saya mempunyai kecederaan dan masuk keluar BAM. Bukan mudah kerana selepas saya masuk satu tahun ada bertukar pasangan beregu.

Sparring Chen Tang Jie- Toh Ee Wei bersama Man Wei Chong- Tee Kai Wun will produce better performance ahead of Malaysian Masters and Olympic Paris? @ASTROARENA pic.twitter.com/Znav3PtQH3

— Faizal Bazari (@faizalbazario) May 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ketika bergandingan dengan Tang Jie, kami ada kalah juga dengan rakan senegara juga. Bermula dari situ kami telah bersaing. Saya suka semangat Tang Jie yang ingin berjuang di dalam gelanggang." kata Toh Ee Wei.
#badminton #Sukan Olimpik Paris 2024 #Chen Tang Jie-Toh Ee Wei #Kapsul Sukan Olimpik Paris