Kami terluka -- Kata Carlo Ancelotti selepas tewas kepada Barcelona

Saufi Tahir
October 27, 2024 10:25 MYT
Carlo Ancelotti menjelaskan Real Madrid tidak perlu 'membuang segala-galanya ke dalam tong sampah' selepas tewas 4-0 kepada Barcelona dalam perlawanan El Clasico pertama musim ini di Stadium Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.
Madrid terpaksa akur tewas kali pertama dalam saingan LaLiga sejak September 2023 -kali terakhir tewas 1-3 kepada Atletico Madrid- dengan Robert Lewandowski menjadi duri dalam daging selepas menjaringkan dua gol dalam dua minit.

?️ Ancelotti: "We're hurt and it's a hard and difficult time."#ElClásico pic.twitter.com/6aIwoIyrGy

— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) October 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Los Blancos tidak berjaya menyamai rekod 43 perlawanan berturut-turut tanpa kalah yang dipegang Barcelona sebelum ini ketika di bawah kendalian Ernesto Valverde.
"Kami tidak perlu membuang segala-galanya ke dalam tong sampah, kita perlu melupakan 30 minit terakhir. Ia tidak menggambarkan apa yang berlaku dia atas padang dimana kami tidak dapat mendahului dan mereka mengambil kesempatan.
"Kami tewas 0-4 (musim lalu) di sini kepada Barcelona dan kemudiannya memenangi saingan LaLiga dan Liga Juara-Juara (UCL). Kami tidak terlalu berbeza dengan musim lalu.
"Saya tidak menyesal dengan pendekatan kami, kami memang mempunyai banyak peluang. Kami terluka dan ini adalah masa yang sukar" katanya.
#bola sepak #Barcelona #Real Madrid #Carlo Ancelotti #LaLiga
;