Bekas juara remaja dunia, Goh Jin Wei, mengumumkan persaraan mengejut hari ini, kurang seminggu selepas dia dinobatkan sebagai sebahagian daripada skuad Piala Uber yang diumumkan Persatuan Badminton Malaysia.
Pemain berusia 21 tahun itu bergelut mendapatkan semula prestasi terbaiknya sejak menjalani pembedahan membuang sebahagian usus besarnya pada tahun 2019 kerana sakit perut yang berpanjangan.
"Jumlah ubat yang perlu saya ambil telah meningkat untuk membenarkan saya terus menjalani kehidupan setiap hari. Demi kesihatan saya sendiri, saya tidak mempunyai pilihan selain menamatkan kerjaya lebih awal.
"Saya berhenti dengan penuh penyesalan dan tidak mahu karier berakhir dengan sebegini. Tetapi saya percaya bahawa saya masih dapat unggul dalam bidang lain di masa depan, asalkan saya bersedia bekerja keras," katanya seperti dipetik The Star.
Jin Wei memuat naik video menerusi YouTube, menjelaskan keputusannya untuk meninggalkan badminton secara tiba-tiba.
Dicanang sebagai salah satu pemain muda yang paling berpotensi buat negara, Jin Wei mengumumkan persaraan setelah memenangi dua gelaran juara dunia pada tahun 2015 dan 2018.
Di peringkat senior, dia memenangi emas perseorangan wanita di Sukan SEA 2017 dan juga berjaya sebagai naib juara Masters Indonesia 2016 dan Terbuka Taiwan 2017.
Tahun ini, dia mara ke final Kejohanan Antarabangsa Sepanyol Jun lalu, di mana dia dikalahkan oleh rakan sepasukan, S. Kisona.
Persaraan Jin Wei hadir sebulan setelah bekas pemain beregu wanita negara, Chow Mei Kuan, juga memutuskan untuk menggantung raketnya.
Ammar Hakim
Mon Sep 13 2021


Terbuka Switzerland BWF: Zii Jia lolos ke suku akhir
Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tidak berdepan masalah apabila mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir Terbuka Switzerland di Basel sebentar tadi.

Terbuka Switzerland BWF: Pearly-Thinaah sekali lagi lalui waktu sukar
Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah, mengalami satu lagi episod duka selepas tersingkir seawal pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland pada awal pagi Rabu.

Terbuka Switzerland BWF: Lee Zii Jia ketepikan juara Seluruh England
Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, mencipta kejutan awal apabila menumbangkan juara Seluruh England, Li Shi Feng, dalam pusingan pertama Terbuka Switzerland BWF di Basel, awal pagi tadi.

Badminton: Pemain negara perlu bijak uruskan tekanan -- Razif Sidek
Legenda badminton negara, Datuk Razif Sidek, menyifatkan kegagalan wakil negara untuk layak ke final Kejohanan Seluruh England minggu lalu merupakan sesuatu yang perlu diberikan perhatian.

Sukan SEA Kemboja: Nurshuhaini mahu 'pergi jauh'
Pemain perseorangan wanita badminton negara, Siti Nurshuhaini Azman, meletakkan sasaran untuk mara ke peringkat separuh akhir Sukan SEA 2023 di Kemboja Mei depan.

Terbuka Switzerland BWF: Aaron Chia-Soh Wooi Yik lepasi rintangan pertama
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, melolosi hari pertama Terbuka Switzerland BWF di samping kebanyakan pemain Malaysia yang bertanding.

Dr. Tim Jones sedia pendekatan 'luar kotak' bantu beregu utama negara
Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Dr. Tim Jones, akan menyediakan satu pendekatan di luar kotak buat beregu utama negara.

Seluruh England BWF: Lee Zii Jia atasi Kodai Naraoka dalam pertarungan tiga set
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, meneruskan kisah kebangkitan apabila melangkah ke separuh akhir Kejohanan Seluruh England BWF 2023, sebentar tadi.

Sukan SEA Kemboja: Persiapan kem Badminton di landasan tepat
Timbalan ketua kontinjen malaysia (CDM), Sharon Wee, menyifatkan semangat dan mentaliti barisan atlet dilihat sebagai positif.

Seluruh England BWF: Ng Tze Yong musnah harapan Axelsen kekal mahkota kejuaraan
Ng Tze Yong mencipta sensasi di Utilita Arena Birmingham dengan membenam juara Kejohanan Badminton Seluruh England BWF, Viktor Axelsen, sebentar tadi.

'We are waiting for you there!' – Rodrygo would welcome Ancelotti appointment as Brazil boss
Carlo Ancelotti continues to be linked with the Brazil job following the departure of Tite after December's World Cup exit.

Aspas urges Veiga to stay with Celta as 'four of Premier League top 10' weigh up €40million offers
Gabri Veiga is enjoying a breakout season for Celta Vigo and might already be worth far more than his apparent €40million release clause.

Man Utd and Wolves charged for behaviour towards officials
Heated games at Old Trafford and Molineux in the FA Cup and Premier League have led to charges for Manchester United and Wolves.

Spain 'had no plan B' with Luis Enrique – Iago Aspas points to reason for World Cup failure
Spain flopped out of the World Cup when Morocco snatched a stunning scalp, and Iago Aspas feels more could have been done to avoid the exit.

Swiss Open: Zii Jia overcomes Iskandar Zulkarnain's mentee to check into last eight
Lee Zii Jia checked into the Swiss Open quarter-finals after a straight game 21-19, 21-15 victory over Irish opponent Nhat Nguyen on Thursday.

Delay to Man Utd sale could lead to 'vacuum' that impacts transfer business
The deadline to bid for Manchester United passed on Wednesday, though two of the main interested parties reportedly asked for an extension.

LaLiga files eighth complaint after Vinicius suffers racist abuse during Clasico
Vinicius Junior was subject to racist abuse during Real Madrid's Clasico defeat to Barcelona at Camp Nou on Sunday.

UEFA opens investigation into Barcelona-Negreira case
Barcelona are facing allegations of making payments to a company owned by former vice-president of Spain's Technical Committee of Referees.

Horner rules out Red Bull move for Hamilton amid Mercedes woes
Lewis Hamilton's future is once again under scrutiny but Red Bull will not be making a move to secure him from their Formula One rivals.

Boehly apologises after 'disrespectful' Ray Wilkins tribute banner edit in Ted Lasso
A banner paying tribute to Ray Wilkins was edited in an episode of Ted Lasso, leading to criticism from the Chelsea Supporters' Trust.