Bekas pemain beregu kebangsaan, Lee Wan Wah, menggesa gandingan Goh V Shem dan Tan Wee Kiong, untuk memberikan fokus sepenuhnya kepada keputusan berbanding kedudukan ranking dunia.
V Shem dan Wee Kiong mencipta sejarah tersendiri apabila menduduki ranking nombor satu dunia bulan lalu.
Namun, kedudukan itu tidak dapat diterjemahkan dengan aksi terbaik selepas mereka tersingkir awal di Terbuka China, selain gagal melepasi peringkat suku akhir Terbuka Hong Kong.
Nyata tekanan selaku beregu nombor satu dunia mampu untuk memainkan peranan tetapi Wan Wah menegaskan mereka hanya perlu lebih fokus kepada persembahan di dalam gelanggang.
"Jangan fikirkan mengenai ranking sama ada mereka berada di kedudukan nombor satu dunia atau nombor 10. Apa yang penting, apabila masuk ke dalam gelanggang, mereka perlu memberikan tentangan sebaik mungkin.
"Mereka perlu berlawan untuk mencari kemenangan. Menang dan tewas merupakan perkara yang biasa di dalam perlawanan tetapi apabila kalah, mereka boleh mengenal pasti punca kekalahan tersebut," katanya.
Dalam pada itu, Wan Wah tidak bersetuju dengan cadangan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk menggunakan sistem kiraan 11 mata rali dalam lima set terbaik.
Menurutnya, perubahan itu tidak akan memberi peluang kepada pemain untuk mempamerkan kemampuan sebenar kerana hanya bergantung kepada kepantasan sahaja.
"Ia terlalu pantas dan bermakna anda perlu bergantung kepada kelajuan dan kekuatan semata-mata. Tiada lagi skil yang dapat ditunjukkan kerana mereka tidak mempunyai masa untuk menunjukkan skil mereka.
"11 mata terlalu pantas dan secara fizikalnya ia tidak terlalu menguji dan saya tidak berasa ia satu cadangan yang bagus."
Stadium Astro
Fri Dec 02 2016
Norris celebrates first-ever Formula 1 win in Miami Grand Prix
Norris wins Miami Grand Prix
Mitchell, Cavaliers storm back to beat Magic in Game 7 and reach East semi-finals
Cavs beat Magic to reach East semis
Postecoglou: Spurs have a confidence problem to overcome
Postecoglou reflects on Spurs' loss
Roma 1-1 Juventus: Juve miss chance to close gap to second after draw with Roma
Report: Roma 1-1 Juventus
Chelsea 8-0 Bristol City: Blues rout hands Hayes perfect home send off
Report: Chelsea 8-0 Bristol City
Rublev claws back to down Auger-Aliassime in Madrid Open final
Rublev wins Madrid Open
Knight Riders dispatch Super Giants to move top of IPL
KKR move top of IPL
Klopp hails 'special' Anfield following Tottenham win
Klopp: Anfield was a special place
Ten Hag hopeful of Man Utd signings despite 'very good' basis to squad
Preview: Crystal Palace v Man Utd
Milan 3-3 Genoa: Thiaw own goal denies Rossoneri in six-goal thriller
Report: Milan 3-3 Genoa