Isu luar gelanggang pengaruhi prestasi Pearly-Thinaah?

Daeng Dhadyry
November 23, 2023 13:30 MYT
Komunikasi Pearly dan Thinaah dalam perlawanan pembukaan Masters China 2023 di Shenzhen semalam tampak tidak seperti sediakala.
Beregu wanita nombor satu Malaysia ini akur tewas kepada pasangan daripada Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong dalam aksi tiga set dengan keputusan 11-21, 21-15, 20-22.

Masters China : Pearly-Thinaah tersingkir awal ekoran kesilapan mudahhttps://t.co/Hecakk14Yl

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 22, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pearly-Thinaah yang kini menghuni ranking ke 12 dunia ini menyaksikan musim 2023 mereka tamat dengan kekalahan di pusingan 32 terbaik Masters China selepas gagal melayakkan diri ke Finals Jelajah Dunia BWF pada bulan depan.
Menerusi temu bual bersama Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Pearly-Thinaah tekad bangkit dalam kalendar 2024.
"Perlawanan yang sengit dan sukar, mata demi mata tetapi pasangan Korea Selatan lebih berani dan konsisten berbanding kami," kata Pearly.
Tambah Thinaah: "Tahun ini kami hadapi banyak naik dan turun, lebih kepada penurunan berbanding kenaikan tetapi akan kami kaji sebelum permulaan tahun depan.
"Tahun depan amat penting, kami perlu lupakan segalanya dan bermula baru dan perbetulkan mentaliti."

Jeong/Kim ?? and Tan/Muralitharan ?? clash for a spot in round of 16.#BWFWorldTour #ChinaMasters2023 pic.twitter.com/40uuGIfxG0

— BWF (@bwfmedia) November 22, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Minggu lalu, Pearly-Thinaah berjaya mara ke suku akhir di Masters Jepun sebelum akur 13-21, 18-21 kepada wakil tuan rumah, Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto dalam aksi pertama mereka sejak temasya Sukan Asia 2022 di Hangzhou.
#badminton #BAM