Ini komen Pearly Tan-M.Thinaah selepas bergelar naib juara Terbuka Finland

Saufi Tahir
October 14, 2024 12:18 MYT
Beregu wanita negara, M. Thinaah, berasa gembira susulan Pearly Tan sering memberikan sokongan sepanjang mereka beraksi dalam gelanggang.
Walaupun banyak mengharungi cabaran, Pearly Tan-M.Thinaah, berjaya merangkul muncul naib juara Terbuka Finland dengan komunikasi yang baik menjadi antara kunci mereka melangkah ke final.
"Saya rasa minggu ini kita ada banyak turun dan naik, tetapi saya sangat gembira kerana Pearly sentiasa (menyokong) di tepi saya.

Gandingan beregu Wanita negara Pearly Tan & M. Thinaah terpaksa akur dengan kekalahan di tangan beregu China untuk meraih Naib Juara Terbuka Finland. You got this Pearly & Thinaah! Bounce back even stronger!#NadiWeekend #AstroArena pic.twitter.com/6rLiYXsmN6

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) October 13, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami banyak berkomunikasi dan sentiasa menyokong satu sama lain di dalam gelanggang. Saya harap perkara ini dapat diteruskan dalam kejohanan akan datang," kata M. Thinaah.
Dalam pada itu, Pearly Tan, berasa teruja untuk meneruskan momentum dalam kejohanan Terbuka Denmark nanti.
Untuk rekod, Juara Terbuka Hong Kong itu sebelum ini mara ke pusingan suku akhir Terbuka China sebelum tewas kepada wakil tuan rumah, Li Yi Jing-Luo Xu Min, dalam aksi straight set.
"Saya berasa teruja untuk saingan Terbuka Denmark nanti kerana momentum kami ada ketika ini, saya harap dapat kekalkan momentum ini dan keyakinan ini dalam kejohanan seterusnya." tambah Pearly Tan.
#badminton #Pearly Tan #M. Thinaah #Terbuka Finland
;