Info Siaran Terbuka China: Jom sokongan buat Lee Zii Jia!
Ammar Hakim
September 17, 2024 09:10 MYT
September 17, 2024 09:10 MYT
Kejohanan Badminton Terbuka China 2024 membuka tirai dan menyaksikan wakil perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, kembali ke gelanggang bertemu wakil Jepun, Koki Watanabe.
Usai memenangi pingat gangsa Sukan Olimpik Paris, Zii Jia tidak memerlukan rehat panjang untuk kembali beraksi di Terbuka Jepun beberapa minggu yang lalu.
Bagaimanapun, masalah kecergasan dan kecederaan dialami Zii Jia dan terpaksa aur tewas pemain muda Perancis, Alex Lanier di pusingan awal.
Selepas mengambil keputusan untuk tidak beraksi di Terbuka Korea, Zii Jia, yang kini bergelar pemain ketiga terbaik dunia, bakal membuat penampilan di Terbuka China
Berdasarkan rekod pertemuan, Watanabe memiliki kelebihan satu kemenangan berdasarkan setelah pertembungan tunggal melibatkan Zii Jia dan Watanabe dimenangi wakil Jepun itu.
#ChinaOpen2024 Order of Play Day1️⃣ ⏰ 9.00 am (MYT) ? Astro Supersport#GemilangkanLagi#BadmintonMalaysia#DemiMalaysia pic.twitter.com/iZeSgvlvHA
— BAM (@BA_Malaysia) September 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Info Siaran Langsung Lee Zii Jia vs Koki Watanabe
Tarikh: 17 September 2024 (Selasa)
Masa: 9.00 pagi
Venue: Olympic Sports Center Gymnasium, Changzou, China
Siaran Langsung: Astro Supersport dan Astro Go