Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, benar-benar hampir untuk memenangi pingat emas dalam acara keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Bagaimanapun, percaturan luar biasa pelumba Great Britain, Jason Kenny, memecut sejak laju awal pelumbaan bukan sahaja menafikan hasrat itu, malah meruntun jiwa seluruh rakyat Malaysia yang menantikan emas pertama negara.

Dalam temu bual selepas perlawanan itu, Azizulhasni kelihatan beremosi ketika mengimbas kembali pengorbanannya meninggalkan keluarga demi persiapan tebaik ke temasya berkenaan.

Bahkan, The Pocket Rocketman turut terkelu apabila diberitahu oleh wartawan Astro Arena, Bazly Azmi, bahawa isterinya ketika itu sedang hamil anak ketiganya.

Bersempena Sukan Olimpik Paris 2024 minggu depan, ayuh imbas kembali detik ini dalam video di bawah: