Hoki Piala Remaja Asia 2024: Malaysia bangkit ikat Bangladesh di Oman
Ammar Hakim
November 30, 2024 22:20 MYT
November 30, 2024 22:20 MYT
Malaysia terikat 2-2 dalam Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia 2024 yang berlangsung di Oman, sebentar tadi.
Dalam pertembungan ketiga Pool B, Malaysia bertemu Bangladesh dan mereka memperoleh permulaan yang cemerlang apabila berjaya mendahului seawal minit kedua menerusi jaringan padang Muhammad Danish Danial Abdul Wahab.
Bangladesh bangkit mengikat kedudukan menerusi pukulan sudut penalti Amirul Islam sebelum jaringan padang Md Hasan diledak sembilan minit kemudian.
Malaysia bagaimanapun berjaya memastikan keputusan seri diperoleh apabila pukulan sudut penalti Muhammad Khairul Norizam menyelamatkan maruah skuad negara.
Imej: Asian Hockey Federation