Sri Pahang FC masih belum ada noktah dalam pencarian penyerang tempatan untuk digandingkan dengan Kpah Sherman musim baharu.

Keadaan semasa Hazwan Bakri yang berhadapan dengan kecederaan ligamen lutut (ACL), sedikit sebanyak membantutkan perbincangan masa.

Difahamkan ada pertimbangan yang dimohon oleh pihak Hazwan, yang hanya akan sembuh daripada kecederaan selewat lewatnya Julai tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang, Datuk Suffian Awang, lebih selesa berteka-teki dalam menjawab situasi berkenaan Hazwan, namun tidak menafikan perbincangan masih berlangsung.

Ura-ura turut kedengaran bekas kapten Selangor, Brendan Gan kini dalam radar Sri Pahang namun belum ada sebarang ketetapan rasmi.