Goh V Shem mahu Nur Izzudin-Sze Fei nilai semula keputusan keluar BAM
Saufi Tahir
August 15, 2024 19:36 MYT
August 15, 2024 19:36 MYT
Bekas beregu lelaki nombor satu negara, Goh V Shem, melihat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu menilai kembali keputusan untuk membenarkan Nur Izzudin-Goh Sze Fei itu keluar andai keputusan tersebut benar-benar dibuat oleh pemain itu.
Ini berikutan terdapat kekurangan dari aspek fasiliti yang disediakan di BAM berbanding berlatih di luar.
"Jika berlatih di ABM semestinya fasiliti lebih bagus berbanding di sini kerana gimnasium dan jarak agak jauh. Perlu membawa kenderaan kerana masa sangat penting juga." Kata Goh V Shem.
OFFICIAL: DINFEI ARE BACK! National doubles players, Goh Sze Fei & Nur Izzuddin Rumsani, were once ranked amongst the Top 10 in the world until they ended their partnership earlier this year due to clashing differences. ? in FULL https://t.co/kJcUvA8IYc#DemiMalaysia pic.twitter.com/aHAhHmwKsp
— BAM (@BA_Malaysia) May 31, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, reaksi sama turut diberikan oleh bekas gandingannya, Tan Wee Kiong, yang melihat terdapat pro dan kontra andai pemain tersebut benar-benar meninggalkan BAM nanti.
"Saya rasa mereka sudah cukup berpengalaman dan matang untuk membuit keputusan. Sekiranya keputusan sudah dilakukan maka mereka perlu memandang kehadapan dan lakukan yang yang perlu dibuat." Tambah Tan Wee Kiong kepada Nadi Arena.