The Blue Wings terdesak mencari tiga mata penting selepas aksi pembukaan kumpulan D menyaksikan anak buah Gary White itu tumbang di tangan Oman, 3-0.
Tentunya aksi 'all out' bakal ditampilkan mereka dengan taruhan White berkemungkinan terarah di bahu Wu Chun-Ching. Kenapa Chun-Ching?
Kerana dia merupakan peledak gol ketika pertemuan terakhir Malaysia dan Chinese Taipei pada minit ke-13 aksi di laman keramat mereka, Stadium Municipal Taipei dan pengendali mereka ketika itu juga Gary White.
Pemain utama Chinese Taipei ini sudahpun beraksi dalam 58 perlawanan bersama pasukan kebangsaannya selain sudahpun meledak sembilan gol.
Memang Harimau Malaya kena waspadalah kan dengan pemain 34 tahun itu selain muka baru dan variasi pemain yang ditampilkan White nanti.
White memegang rekod cemerlang bersama Chinese Taipei pada 2017 lalu dengan dia memegang rekod 58.3 peratus kemenangan bersama The Blue Wings selain mereka tidak pernah tewas dalam setiap aksi di laman sendiri sepanjang jurulatih kelahiran Southampton, England ini mengendalikan pasukan itu.
Chinese Taipei juga ketika itu menghuni ranking tertinggi FIFA dibawah kendaliannya, isi tangga ke 121 dunia.
Apakah Strategi White akan berhasil sekali lagi petang ini?
Saksikan siaran langsung pertemuan Malaysia dan Chinese Taipei di saluran Astro Arena 803 dan Astro Go dengan pra rancangan bermula jam 6.00 petang ini.
Saksikan juga sorotan Kelayakan Piala Dunia 2014: Chinese Taipei lawan MalaysiaInfo Siaran Langsung Malaysia vs Chinese Taipei : Kelayakan Piala Dunia/Piala Asiahttps://t.co/NJtFa0sF3I
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 21, 2023