Gadis 'cair' bila Jojo Ghazali berlakon

Muzaffar Musa
December 22, 2023 09:02 MYT
Jaguh Muay Thai negara, Johan 'Jojo' Ghazali, sudah mula menjinakkan diri dengan bidang lakonan.
Bintang ONE Championship itu ditampilkan dalam satu video komersial berdurasi 2 minit 36 saat yang dikeluarkan sebuah syarikat makanan tempatan.
Sebagai rekod, petarung berusia 17 tahun itu sedang menempa nama di pentas antarabangsa dengan rekod 5-0 (empat kemenangan KO) dalam ONE Championship.
#Muay Thai #ONE Championship #Johan Ghazali