Futsal ASEAN: Thailand benam Malaysia di Nakhon Ratchasima
Saufi Tahir
November 5, 2024 21:10 MYT
November 5, 2024 21:10 MYT
Skuad futsal negara tewas kepada Thailand 1-3 dalam saingan Kumpulan A Kejuaraan Futsal ASEAN 2024 yang berlangsung di Terminal 21 Korat, Nakhon Ratchasima, Thailand, sebentar tadi.
Keputusan itu menyaksikan anak buah Rakphol Sainetngam kekal dengan tiga mata selepas tiga perlawanan selepas hanya melakar satu kemenangan menewaskan Brunei 11-0, Ahad lalu.
Keputusan Masa Penuh Kejuaraan Futsal ASEAN 2024 | Selasa, 5 November 2024 MALAYSIA ?? 1-3 ?? THAILAND ⚽️ Abu Haniffa Hasan 30' ⚽️ Atippong Munplhai 11' Thanawat Koedbangrachan 19' Therdsak Charoenphong 34' #FAM #HarimauMalaya #ASEANFutsal pic.twitter.com/UyrdvGn0IY
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 5, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Thailand dan Vietnam kekal di kelompok dua teratas Kumpulan A dengan sembilan mata tanpa sebarang kekalahan.
Jaringan tunggal negara hadir menerusi Abu Haniffa Hasan pada minit ke-30 dan gol Thailand di dijaringkan oleh Atippong Munplhai, Thanawat Koedbangrachan dan Therdsak Charoenphong.
Carta Kedudukan Kumpulan A, Kejuaraan Futsal ASEAN 2024 * Selepas Hari Perlawanan 4 pada Selasa, 5 November 2024 ▶️ Thailand & Vietnam sah layak ke separuh akhir ▶️ Malaysia akan bertemu Timor-Leste pada Hari Perlawanan 5 (terakhir), esok#FAM #HarimauMalaya #ASEANFutsal pic.twitter.com/bbmyl1iBIX
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 5, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malaysia akan meneruskan cabaran berdepan Timor-Leste, esok.