Tan Cheng Hoe mengidamkan untuk membawa Selangor menjadi pasukan pertama bimbingannya layak ke pentas Piala AFC menjelang final Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
Bagaimanapun, ketua jurulatih berusia 54 tahun itu enggan memberikan terlalu banyak tekanan buat barisan pemainnya untuk melunaskan hasrat itu.
Tugas The Red Giants dalam aksi final berkenaan kian mencabar tanpa pertahanan kental, Yazan Al-Arab, selepas pemain kebangsaan Jordan itu dilayangkan kad merah dalam suku akhir kedua menentang Terengganu FC pada Isnin lalu.
Mengulas mengenai kehilangan itu, Cheng Hoe berkata kepada wartawan Nadi Arena, Fina Nasrom: "Sepanjang kempen Piala Malaysia musim ini, Yazan bermain dengan begitu baik dan mempamerkan prestasi konsisten sehingga pasukan kami layak ke perlawanan akhir.
"Sudah pasti beberapa hari sebelum perlawanan akhir ini, kami menjalankan latihan dengan intensiti yang amat rendah kerana ramai pemain utama sudah bermain enam perlawanan berturut-turut dan ia bukan perlawanan yang mudah, jadi mereka memerlukan masa untuk memulihkan keadaan tubuh mereka," katanya.
Mengulas lanjut, Cheng Hoe menambah: "Saya memang tidak pernah menjadi jurulatih di peringkat Piala AFC, jadi saya tidak tahu sejauh mana cabarannya.
"Sudah pasti saya mempunyai impian untuk membawa Selangor ke Piala AFC kerana ia adalah langkah pertama buat saya."
Sebagai rekod, pemenang Piala Malaysia akan mendapatkan slot automatik ke Piala AFC musim depan.
Muzaffar Musa
Wed Nov 23 2022


Liga Super: JDT naik taraf Stadium Sultan Ibrahim
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak mahu berhenti menambah baik fasiliti di Stadium Sultan Ibrahim untuk memberikan pengalaman luar biasa kepada penyokong.

JDT kukuhkan nilai komersial bola sepak Malaysia -- TMJ
Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkata pasukan Harimau Selatan itu antara faktor utama nilai komersial industri bola sepak di Malaysia meningkat.

Awasi gerakan Aiman, Endrick -- Cheng Hoe waspada ancaman JDT
'Awasi Ariff Aiman dan Endrick dos Santos', itu formula ketua jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe, apabila ditanya mengenai kekuatan juara Liga Super sembilan musim berturut turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) menjelang pertembungan dua pasukan berstatus gergasi itu Jumaat ini.

Liga Super: Skuad Jangs jadi santapan Harimau Selatan
Johor Darul Ta'zim (JDT) berpesta jaringan apabila membenam Negeri Sembilan FC 7-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Paroi, sebentar tadi.

De Murga taruhan terbaru Kelantan FC
Kelantan FC hadir di saingan Liga Super 2023 dengan wajah baru -- menerusi lambakan kudrat pemain import -- dengan terbaru, The Red Warriors diperkuat bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Carli de Murga.

KJ terima tawaran TMJ
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, akan mengumumkan penyertaannya bersama pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam masa terdekat.

Terbaik 2022 (30-21): JDT layak ke peringkat 16 terbaik ACL, Malaysia capai sasaran Sukan SEA Vietnam, Wai Ching jadi nombor satu dunia
Sempena ambang Tahun Baharu 2023, Astro Arena imbas kembali 50 kisah terbesar dalam sukan tempatan dan dunia sukan pada tahun 2022.

Aksi Arif Aiman dapat pujian Edin Terzic
Aksi lincah yang dipamerkan penyerang muda Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, dalam aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri semalam mendapat pujian ketua jurulatih Borussia Dortmund, Edin Terzic.

Final Piala Malaysia: Tan Cheng Hoe idam bawa Selangor ke pentas Asia
Tan Cheng Hoe mengidamkan untuk membawa Selangor menjadi pasukan pertama bimbingannya layak ke pentas Piala AFC menjelang final Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Piala Malaysia: JDT peroleh bekalan tipis di Likas
Johor Darul Ta'zim (JDT) memperoleh bekalan tipis dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia selepas menundukkan Sabah FC 1-0 di Stadium Likas sebentar tadi.

Phil Neville sacked as manager with Inter Miami bottom of Eastern Conference
Neville was appointed in January 2021.

Kris Doolan insists Partick Thistle will not sit back in second leg
Aidan Fitzpatrick and Brian Graham gave Thistle the advantage in the first leg.

Dawid Malan leads Yorkshire to Roses win as Jos Buttler fails to fire Lancashire
After Malan hit a superb 83 off 50 balls in the Vikings’ 195 for six.

Partick Thistle hold upper hand after first-leg victory over Ross County
Aidan Fitzpatrick and Brian Graham were on target for the Jags.

French Open day five: Iga Swiatek eases through as Daniel Altmaier shocks Sinner
The story of the fifth day of action at Roland Garros.

PGMOL condemns ‘abhorrent’ abuse of referee Taylor at Budapest airport
The Premier League official was accosted by angry fans at Budapest airport following the Europa League final between Roma and Sevilla

Leeds owner Radrizzani ‘appalling’ over reported Elland Road loan security deal
The Athletic claimed Radrizzani had offered to use Leeds’ stadium as collateral when securing a £26million bank loan to buy Sampdoria.

Almost perfect start to big summer – Stuart Broad hails dominant England display
Broad’s five-wicket haul was followed by half-centuries for Zak Crawley (56) and Ben Duckett (60) at Lord’s.

England openers shine after Stuart Broad takes five on first day against Ireland
Broad claimed five for 51 to dismiss Ireland for 172 before England closed on 152 for one.

Russian teenager Andreeva dreams of ‘winning 25 grand slam titles’
The Russian is making a big impression at Roland Garros.