Final Masters China: Pang Ron-Su Yin nekad beri aksi terbaik berdepan wakil tuan rumah

Saufi Tahir
November 23, 2024 19:27 MYT
Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron dan Cheng Su Yin, berasa seakan tidak percaya apabila mara ke pentas akhir Kejohanan Badminton Masters China selepas menyingkirkan lawan dari Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet, dalam tempoh 1 jam 5 minit di Shenzen, China, hari ini.
Mereka akan meneruskan cabaran berdepan pilihan pertama kejohanan yang turut mewakili tuan rumah, Huang Dongping-Feng Yan Zhe, dalam aksi final bagi merebut kejuaraan berstatus Super 750 pertama mereka, esok.
Pang Ron turut mengakui mereka turun sabagai pasukan 'underdog' berdepan pasangan beregu di kedudukan kedua dunia itu dengan menjelaskan sentiasa memberikan motivasi kepada satu sama lain merupakan antara resepi mereka berjaya mara ke final pertama tahun ini.

RESULTS: #ChinaMasters2024 SF#MAS?? Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin def. #HKG ?? Tang Chun Man-Tse Ying Suet 3️⃣ 21-14 17-21 21-19 ⏱️ 1 h 05m #GemilangkanLagi#BadmintonMalaysia #DemiMalaysia pic.twitter.com/owNqIMSwu7

— BAM (@BA_Malaysia) November 23, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya seakan tidak percaya, saya rasa ini adalah final pertama buat saya selepas beberapa kali bertukar pasangan beregu. Saya gembira dengan Cheng Su Yin.
"Kami turun sebagai pasukan 'underdog', kami mahu berikan persembahan terbaik kepada penyokong esok. Kami saling menyokong satu sama lain, dan sentiasa memberikan motivasi kepada satu sama lain.
"Ini laman mereka, mereka sangat kuat, tetapi kami perlu belajar lagi dan berharap dapat beraksi dengan baik esok." kata Hoo Pang Ron.
#badminton #China #Masters #Hoo Pang Ron #'Final #Cheng Su Yin
;