Final Jelajah Dunia BWF: Persaingan Zii Jia dalam Kumpulan A sangat terbuka

Najmi Iman
December 10, 2024 19:30 MYT
Bekas pemain kebangsaan, Ameer Amri Zainuddin, berpendapat bahawa perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia, mempunyai peluang terbuka dalam Kumpulan A Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, esok.
Bukan tugasan mudah buat atlet berusia 26 tahun itu apabila perlu berdepan pilihan utama kejohanan, Anders Antonsen, selain Chou Tien Chen dan wakil tuan rumah, Li Shi Feng.
"Ia adalah antara kejohanan terbesar, jadi semua pemain mesti melakukan persiapan terbaik kerana mengandungi cabaran yang lebih besar daripada aspek kecergasan dan ketahanan.

Selamat berjuang kepada skuad ?? di #BWFWorldTourFinals! #GemilangkanLagi #Hangzhou2024 #BadmintonMalaysia #DemiMalaysia pic.twitter.com/ioiRwgaHDZ

— BAM (@BA_Malaysia) December 7, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya rasa undian Kumpulan A terutamanya Lee Zii Jia memiliki peluang terbuka buat semua pemain.
"Menarik untuk disaksikan siapakah yang mampu bertahan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.
#badminton #Lee Zii Jia #Final Jelajah Dunia BWF
;