Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Hangzhou, China yang menyingkap tirai pada Rabu disifatkan sebagai pentas terbaik barisan pemain negara melonjakkan prestasi ke tahap luar biasa.
Bekas Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj, menegaskan pentas yang menghimpunkan jagoan terbaik pelbagai kejuaraan Siri Jelajah BWF juga menuntut penampilan barisan pemain negara lebih agresif bukan sekadar persembahan biasa.
“Ini merupakan kejohanan terakhir bagi tahun ini yang menuntut setiap pemain memberikan persembahan terbaik 100 peratus.
“Setiap mereka tidak boleh lagi mempunyai mentaliti negatif seperti bimbang akan kalah atau sebagainya kerana mereka sudah menempatkan diri dalam kalangan terbaik.
“Semangat melawan tidak mengenal erti kalah harus lebih tinggi dari kebiasaan sebelum ini, selain 'game plan' juga perlu lebih baik lagi kerana dalam kejohanan ini semua yang bertanding mahu menang,” katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.
James yang juga bekas pemain perseorangan lelaki negara juga berharap Lee Zii Jia menampilkan persembahan lebih konsisten berdepan Li Shifeng (China), Anders Antonsen (Denmark) dan Chou Tien-chen.
“Undian kumpulan Zii Jia cukup mencabar sebenarnya kerana mereka pernah bertemu sesama sendiri sebelum ini, jadi sekali lagi dia perlu melakukan persediaan lebih luar biasa baik aspek psikologi, mental dan fizikal.
Our ?? shuttlers kick off their #BWFWorldTourFinals campaign tomorrow!
— BAM (@BA_Malaysia) December 10, 2024
Let’s rally behind them for a strong start ?? #GemilangkanLagi #Hangzhou2024 #BadmintonMalaysia #DemiMalaysia pic.twitter.com/DovqqKshnD
“Berbaki masa yang ada dia yang memiliki pakej kelebihan fizikal dan tenaga untuk bergelar juara perlu meningkatkan keyakinan diri dalam gelanggang yang akan mempengaruhi game plannya.
“Sekiranya kalah perlawanan pertama dia seharusnya bingkas mencari punca dan bangkit perlawanan seterusnya. Begitu juga andai menang perlawanan pertama dia perlu mengekalkan corak game plan sama,” katanya yang percaya pemain perlu turun dengan mentaliti menang dalam setiap perlawanan.
Jelas James lagi bagi pasangan beregu, komunikasi berkesan dalam kalangan pemain adalah penting kerana ia akan mempengaruhi pola permainan.
“Sememangnya komunikasi penting dalam kalangan pemain beregu kerana secara psikologi akan mempengaruhi rakan sepasukan.
“Kelemahan atau kekurangan dalam pertandingan yang dihadapi pasangan sebenarnya dapat diperbaiki dengan komunikasi sesama mereka,” katanya. - Sinar Harian
PEMAIN MALAYSIA DI KEJOHANAN SIRI JELAJAH DUNIA AKHIR
PERSEORANGAN LELAKI
1. Lee Zii Jia (Nombor lapan dunia)
Siri Jelajah Dunia
(Ranking keenam Siri Jelajah Dunia)
PENCAPAIAN
Juara
Super 500: Terbuka Thailand, Terbuka Australia
Naib Juara
Super 500: Malaysia Masters
BEREGU LELAKI
1. Goh Sze Fei-Nur Izzuddin (Nombor tujuh dunia)
* Pilihan keempat kejohanan
Siri Jelajah Dunia
(Ranking keempat Siri Jelajah Dunia)
PENCAPAIAN
Juara
Super 1000: Terbuka China,
Super 750: Terbuka Japan
Super 500: Terbuka Artik
2. Aaron Chia-Soh Wooi Yik (Nombor lima dunia)
Siri Jelajah Dunia
(Ranking ketujuh Siri Jelajah Dunia)
PENCAPAIAN
Juara
Super 300: Korea Masters
Naib Juara
Super 1000: Terbuka England
Super 750: Terbuka India
BEREGU WANITA
1. Pearly Tan-M Thinaah (Nombor enam dunia)
* Pilihan keempat kejohanan
Siri Jelajah Dunia
(Ranking kelima Siri Jelajah Dunia)
PENCAPAIAN
Juara
Super 500: Terbuka Hong Kong
Naib Juara
Super 500: Terbuka Korea Open, Terbuka Artik
Separuh Akhir
Super 500: Malaysia Masters
BEREGU CAMPURAN
1. Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai (Nombor 10 dunia)
* Pilihan kedua kejohanan
Siri Jelajah Dunia
(Ranking ketiga Siri Jelajah Dunia)
PENCAPAIAN
Juara
Super 500: Malaysia Masters
Super 300: Terbuka Swiss Open
Naib Juara
Super 1000: Terbuka China
Separuh Akhir
Super 500: Terbuka Artik, Jepun Masters
2. Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (Nombor lapan dunia)
* Pilihan ketiga kejohanan
Siri Jelajah Dunia
(Ranking keempat Siri Jelajah Dunia)
Siri Jelajah Dunia
(Ranking ketiga Siri Jelajah Dunia)
PENCAPAIAN
Juara
Super 500: Terbuka Korea
Naib Juara
Super 300: Thailand Masters, Terbuka Swiss
Separuh Akhir
Super 750: China Masters
Super 500: Terbuka Hong Kong
JADUAL: KEJOHANAN SIRI JELAJAH DUNIA AKHIR
PERSEORANGAN LELAKI
KUMPULAN A
RABU (11 DISEMBER)
Chou Tien-chen (Taiwan) lwn Lee Zii Jia
KHAMIS (12 DISEMBER)
Anders Antonsen (Denmark) lwn Lee Zii Jia
JUMAAT (13 DISEMBER)
Lee Zii Jia lwn Li Shifeng (China)
BEREGU LELAKI
KUMPULAN A
RABU (11 DISEMBER)
Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen (Denmark) lwn Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani
KHAMIS (12 DISEMBER)
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani lwn Lee Jhe-huei-Yang Po-hsuan (Taiwan)
JUMAAT (13 DISEMBER)
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani lwn Lee Yang- Wang Chi-lin (Taiwan)
KUMPULAN B
RABU (11 DISEMBER)
He Jiting-Ren Xiangyu (China) lwn Aaron Chia-Soh Wooi Yik
KHAMIS (12 DISEMBER)
Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto (Indonesia) lwn Aaron Chia-Soh Wooi Yik
JUMAAT (13 DISEMBER)
Sabar Karyaman Gutama-Muhammad Reza Pahlevi Isfahani (Indonesia) lwn Aaron Chia-Soh Wooi Yik
BEREGU WANITA
KUMPULAN A
RABU (11 DISEMBER)
Pearly Tan-M Thinaah lwn Nami Matsuyama- Chiharu Shida (Jepun)
KHAMIS (12 DISEMBER)
Pearly Tan- M Thinaah lwn Treesa Jolly-Gayatri Gopichand (India)
JUMAAT (13 DISEMBER)
Liu Shengshu-Tan Ning (China) lwn Pearly Tan-M Thinaah
BEREGU CAMPURAN
KUMPULAN B
RABU (11 DISEMBER)
Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai lwn Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
KHAMIS (12 DISEMBER)
Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai lwn Hiroki Midorikawa-Natsu Saito (Jepun)
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei lwn Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja (Indonesia)
JUMAAT (13 DISEMBER)
Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai lwn Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja (Indonesia)
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei lwn Hiroki Midorikawa-Natsu Saito (Jepun).
* Dua teratas setiap kumpulan mara ke separuh akhir