Sekiranya mereka berjaya membuktikan perkara tersebut, peluang bertemu wakil terkuat China, Zheng Si wei-Huang Ya Qiong, bakal menjadi kenyataan.
Selamat berjuang kepada skuad ?? di #BWFWorldTourFinals! #GemilangkanLagi #Hangzhou2024 #BadmintonMalaysia #DemiMalaysia pic.twitter.com/ioiRwgaHDZ
— BAM (@BA_Malaysia) December 7, 2024
Gandingan ranking kelapan dunia itu mempunyai masa terbaik untuk membalas dendam ke atas pasangan China selepas empat pertemuan berakhir dengan kekalahan, sebelum ini.
"Secara jujurnya, kalau boleh mahu wakil negara meleyapkan harapan beregu China tersebut.
"Meskipun pernah tewas, tetapi Tang Jie-Ee Wei masih mempunyai kelebihan daripada segi umur dan kepantasan. Tetapi mereka mahu memberikan sepenuhnya kerana bermain di tempat sendiri.
"Bukan mudah untuk menewaskan mereka," katanya di Nadi Arena.