Final Jelajah Dunia BWF: Layak ke separuh akhir ialah sasaran utama negara
Najmi Iman
December 9, 2024 18:45 MYT
December 9, 2024 18:45 MYT
Jurulatih beregu wanita kebangsaan, Rosman Razak, mengakui cabaran getir menanti beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, dalam Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, Rabu ini.
Mereka yang diundi dalam Kumpulan A mendapat tentangan hebat daripada gandingan tuan rumah, China, wakil Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida, serta pasangan dari India.
"Memang tidak dapat dilihat kerana semua pasangan ialah pemain terbaik dalam sektor beregu wanita.
"Seperti dijangka, undian akan menjadi sengit di mana-mana situasi. Tetapi kami mengambil sudut positif bahawa kami sudah bersedia dan berharap dapat menampilkan persembahan berkualiti.
"Kami akan merangka strategi yang tertentu sambil ingin melepasi peringkat kumpulan sebagai sasaran utama," katanya di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.
Selamat berjuang kepada skuad ?? di #BWFWorldTourFinals! #GemilangkanLagi #Hangzhou2024 #BadmintonMalaysia #DemiMalaysia pic.twitter.com/ioiRwgaHDZ
— BAM (@BA_Malaysia) December 7, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut bekas Olimpian negara, Goh Lui Ying, dia optimis bakal ada wakil negara yang akan melangkah ke pentas separuh akhir dalam kejohanan berprestij itu.
"Saya boleh kata sangat memuaskan apabila mempunyai enam wakil negara dalam kejohanan ini.
"Bukan senang bermain di sana tetapi masih memiliki peluang untuk ke peringkat separuh akhir," katanya di Nadi Arena.